Friday, November 11, 2016

Kesusahan Dalam Hidup


Kesusahan yang datang dalam hidup adalah tanda DOA kita dimakbulkan, supaya kita lebih tabah, kuat, dan dekat dengan Allah. Namun kita tersilap bila melihat kesusahan atau tekanan itu sebagai perkara yang menghancurkan diri. Umumnya, orang mula kembali kepada Allah S.W.T. ketika ditimpa kesusahan, kesempitan dan pelbagai bentuk dugaan. Di sebalik kesusahan itu ada RAHMAT yang besar.

Masa senang dan lapang selalunya manusia mudah lalai dan alpa terhadap Allah S.W.T. Namun Allah S.W.T. dengan kasih sayang-NYA sentiasa membuka jalan untuk kita kembali kepadaNYA.

Seorang usahawan, bila menemui kegagalan atau kerugian mula kembali bersolat, mendatangi masjid, menangis ketika tahajud, hatinya menjadi lembut dan rendah diri.

Seorang ahli politik bila sudah tidak dipilih, dan kerjaya politiknya musnah, dia mula menangis dan kembali kepada Allah S.W.T.

Menghadapi masalah rumah tangga, diserang penyakit yang membawa kepada kematian menyebabkan manusia kembali ingat kepada Allah S..W.T.
.

Hidup manusia yang sering ditimpa kesusahan, mereka lebih mudah menangis ketika berdoa. "Ya Allah ampunkan dosa kami kerana hati kami yang tidak bersyukur dan berterima kasih kepadaMU."

[Ebit Lew]



Tuesday, October 11, 2016

Hidupkan Kehidupan


Sesetengah manusia umur memang meningkat tetapi akal dan minda masih anak-anak di bawah dua tahun. Tidak berupaya meninggalkan adat kebiasaan dan kesukaan. Jauh sekali akan mencapai kedewasaan atau baligh yang dapat membezakan perkara terbaik antara dua kebaikan lalu diberinya keutamaan. Atau membezakan dua perkara yang buruk lalu dijauhinya.


Jiwa akan kelaparan bila tidak diisi dengan ilmu.
Hati akan kelaparan bila tidak diisi dengan ikhlas.
Hidup akan kelaparan bila tidak diisi dgn amal ibadah.

Di mana kita dalam mengisi ruang hidup untuk jiwa, hati dan juga kehidupan ini?

Thursday, October 6, 2016

Jadi Insan Mukhsinin


Ramai orang merasakan harga dirinya terletak pada apa yang dimilikinya (kedudukan dan kekayaan). Padahal harga diri itu letaknya pada AKHLAK YANG MULIA DAN TAQWA.Kita bukan siapa-siapa lagi bila kedudukan dan kekayaan itu lenyap.Berbahagialah insan yang bersikap dan bersifat ABDULLAH (hamba Allah).

#JadiInsanMukhsinin

Thursday, August 25, 2016

Jangan Burukkan Orang


Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila ada seseorang yang berkata; 'Celakalah manusia', maka sebenarnya ia sendiri yang lebih celaka dari mereka." (HR Muslim No: 4755)

Pengajaran:

1. Seorang Muslim tidak boleh berfikiran buruk dan menghukum kecelakaan ke atas orang lain kerana hukum berkenaan mungkin akan berpaling kepada dirinya sendiri.
2. Jangan sekali-kali memburukkan orang lain kerana kita mungkin lebih buruk dari mereka.
3. Nasib diri kita adalah mengikut apa yang akal kita fikirkan. Jika akal berfikiran negatif, maka natijahnya adalah negatif.
4. Seorang Muslim perlu memelihara baik sangka terhadap Allah.
5. Kecelakaan yang berlaku ke atas diri kita bukan semestinya disebabkan oleh perbuatan atau kejahatan orang lain. Bahkan ia mungkin berlaku kerana sikap diri sendiri.
6. Mengakui akan kelemahan dan kejahilan diri sebenarnya lebih penting dari menghukum kejahatan orang lain atau menyalahkan mereka.
7. Kita harus mengakui akan kelemahan diri dahulu dan jangan menuding jari kepada orang lain.

Marilah kita berusaha menjauhkan diri dari sifat mudah menghukum orang lain dan memburuk-burukkan mereka.

Friday, August 19, 2016

Dunia Selepas Kematianmu


jika kamu ingin melihat dunia selepas kematianmu,
kamu boleh melihatnya selepas kematian orang lain disekelilingmu...

Ketika itu kamu akan dapati bagaimana orang-orang yang saling menyintai boleh melupakan kekasih mereka yang telah mati.
Dan ketika itu yakinlah kamu bahawa kekasihmu yang tercinta akan melupakan kamu atau dia disibukkan dengan dunia dari mengingatimu.

Oleh kerana itu jadikanlah hidupmu itu seluruhnya "untuk Allah"
kerana dialah satu-satunya yang tidak akan melupakanmu
dan perbaikilah hubunganmu dengan Allah
kerana dia satu-satunya tidak akan musnah.

Perkataan ini menyakitkan tetapi itulah hakikatnya.

[Al-Marhum al-Syeikh Mutawalli alSya'rawi Rahimahullah]

Sunday, July 10, 2016

Makan Bersama Keluarga


Meluangkan masa makan bersama seisi keluarga sekurang-kurangnya sekali sehari memberi kesan besar kepada kesejahteraan minda dan emosi anak-anak. Waktu makan bersama boleh menjadi saat penting untuk membina ikatan keluarga. Tidak dinafikan kesibukan ibu bapa telah menjadikan amat sukar untuk mencari masa makan bersama terutama pada waktu siang tetapi rasanya kita boleh berkumpul sekeluarga pada waktu makan malam.

Antara kelebihannya:

Belajar adab sopan -
Kalau anda perhatikan, adab di meja makan kini semakin hilang terutama di kalangan generasi muda. Ramai anak-anak lebih suka menikmati makanan di depan televisyen.

Tabiat makan ibu bapa akan menjadi contoh -
Ibu bapa perlu menunjukkan tabiat pemakanan yang baik supaya boleh menjadi ikutan anak-anak. Ini termasuklah makan sayur, buah-buahan dan minum air kosong.

Nikmati masa berkualiti dengan anak-anak -
Waktu makan adalah waktu yang tenang dan menyeronokkan. Ketika inilah ibu bapa boleh berinteraksi dengan anak-anak. Antara topik yang boleh ditanyakan ialah peristiwa menarik di sekolah pada hari itu, perkara yang menggembirakan atau menyedihkan anak-anak atau mengenai kawan rapatnya.
Secara tidak langsung cara ini akan merangsang anak–anak berinteraksi dan dapat meluahkan pandangan mereka dengan lebih baik. Bahkan ketika inilah juga anda secara rahsia boleh mengesan pergerakan harian anak-anak terutama yang sudah masuk usia remaja.

Keakraban hubungan keluarga yang terbentuk daripada makan bersama seisi keluarga memberi kesan besar kepada kehidupan anak dan kesan positif ini akan mempengaruhi tabiat makan mereka. Tabiat pemakanan yang baik dipupuk dari kecil akan diamalkan sepanjang hayat.

Anak-anak mempunyai pandangan negatif positif terhadap ibu bapa mereka - Masa makan juga adalah masa terbaik untuk memuji anak-anak dengan berterima kasih kepada perlakuan baik dan kerajinan mereka membantu anda. Paling mudah anda boleh berterima kasih kerana mereka rajin ke sekolah.

[Sumber: FB Zawidatul Asma Zainuddin]

Agenda Ramadan Di Bulan Lain


AGENDA HARIAN BULAN RAMADAN UNTUK DISESUAIKAN DENGAN BULAN LAIN:

1) Tilawah Quran, harus ada wirid atau target tertentu yang ingin diraih.
2) Menjawab azan dan berdoa sesudah azan. Sungguh ajaib ‘azan’.
3) Datang seawal mungkin untuk solat berjemaah, berazam meraih saf pertama. Sunguh istimesa saf pertama.
4) Duduk di Masjid beriktikaf sesudah solat Subuh hingga menunaikan solat duha (sekitar dua jam jika dikira sejak dari masuk waktu azan).
5) Membaca zikir pagi petang yang warid dalam sunnah.
6) Turut serta solat jenazah, jika ada orang meninggal.
7) Menjenguk pesakit di hospital atau di rumah, anda tidak mesti mengenalinya.
8) Bersedekah, meskipun sedikit.
9) Menghadiri majlis zikir dan majlis ilmu.
10) Mengesan, memantau, dan menunaikan hajat fakir miskin yang menunggu huluran tangan anda.
11) Menunaikan ibadat umrah jika berkemampuan, kerana umrah di bulan Ramadan menyamai ‘haji’.
12) Menunaikan solat terawih bersama imam hingga selesai.
13) Menziarahi sanak saudara, bagi maksud silaturrahim.
14) Solat tahajud, agar anda membiasakannya sesudah Ramadhan.
15) Makan sahur.
16) Solat duha
17) Solat rawatib
18) Menyediakan makan minum untuk orang yang berbuka.
19) Melaksanakan tugas-tugas di rumah, di pejabat dan sebagainya.
20) Iktikaf di rumah Allah sebanyak mungkin bagi tujuan solat, tilawah, majlis ilmu, dan sebagainya.
21) Lidah aktif dengan zikir, tasbih, tilawah, istighfar, dll.
22) Melakukan ibadat ‘mubah’ (adat) dengan niat ‘ibadat’, seperti tidur, makan, mandi, dan lain-lain.


[Kuliah Subuh Surau Assobah, Bandar Baru Bangi, Selangor oleh Ustaz Ahmad Asri Lubis]

Saturday, July 9, 2016

Mutiara Amalan


Memurnikan niat adalah amal yang paling berat daripada amal amal yang lainnya. Seorang ulama Yusuf Al Husain Ar Razi menuturkan:"Sesuatu yang paling berat di dunia adalah ikhlas, kerana sering aku berusaha sekuat tenaga menyembunyikan keangkuhan dari dalam hatiku,namun seakan-akan ia tumbuh lagi dengan warna yang lain.

Mari amalkan doa dari Umar bin Khattab:
Ya Rabb...
Jadikan seluruh amalku sebagai amalan yang soleh
Jadikan amalku semata mata untuk mengharap redha-MU
Jangan engkau jadikan sedikitpun dari amalku untuk seseorang melain hanya untuk mencari Redha-Mu.


Setiap manusia pasti bernoda dengan dosa dan sebaik-baik mereka adalah yang bertaubat kepada-Nya. Allah berfirman:
وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا
(surah An Nisa ayat 64)

Sesungguhnya jika mereka menganiaya diri mereka (dengan dosa), mereka lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasul pun memohonkan ampun untuk mereka. maka tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Marilah kita bertaubat dengan mendatangi baginda Rasulullah s.a.w. Seandainya kita tidak mampu melangkah ke maqam baginda, datangilah dengan banyak berselawat ke atas junjungan Nabi Rasulullah s.a.w.

Setelah itu beristighfarlah sambil meminta ampun di dalam setiap hembusan dan tarikan nafas yang di anugerahkan Allah dengan penuh keinsafan.
Semoga amalan yang tekun ini kita mendapat syafaat Baginda di pintu taubat kelak.


Tidak pernah seorang manusia itu berjalan sendirian kecuali ada Allah yang selalu mengawasi dan dua malaikat dengan pena yang siap mencatat segala amal. Setiap dosa dan pahala akan tetap tertulis...

Waspada dengan setiap gerak, kerana gerakan itulah yang akan menghantar manusia ke syurga ataupun neraka.


Barangsiapa yang mengingati Allah ketika berwuduk, Allah akan menyucikan seluruh tubuhnya.
Barangsiapa yang tidak mengingati Allah ketika berwuduk, Allah hanya akan membersihkan tubuhnya yang tersiram air wuduk.
Barangsiapa yang berwuduk, mereka berada dalam perlindungan Allah dari apa yang ditakutinya.

Di tengah para sahabat, Nabi Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah akan menghapuskan dosa-dosa manusia dan meninggikan darjatnya apabila mereka membaguskan wuduknya dan kemudian solat dua rakaat tanpa terbesit sedikitpun urusan dunia dalam fikirannya waktu itu.


Tafakur Syawal 1437H. Ketika fajar menyingsing pada dinihari Idul Fitri, kita tidak hanya mendengar gemuruh suara takbir yang membesarkan dan memuji Allah. Jauh dari lubuk hati yang dalam, kita mendengar gemuruh suara hati yang haru dan gembira, gemuruh tangis dan tawa.

Kita menangis karena mengenang bulan Ramadhan yang telah berlalu pergi, pada tepat waktunya, pada hujung jangkanya, pada kesempurnaan bilangannya. Ada rasa haru dalam hati ketika meninggalkan bulan Ramadan yang penuh barakah. Sebagaimana pepatah Arab mengatakan:
~ idza zuqta halawat al-washilah la ‘arafta murrat al- qathi’ah ~
"Jika engkau pernah merasakan indahnya pertemuan, nikmatnya kebersamaan, niscaya engkau akan merasakan pahitnya perpisahan."

Kita sedih kerana ditinggalkan bulan Ramadhan. Kita kian terlepas dari curahan rahmat kasih sayang Allah setiap detiknya. Rahmat pada awalnya,
maghfirah pada pertengahannya, pembebasan dari api neraka pada akhir bulannya.

Kita berharap dan berdoa semoga Allah S.W.T. memanjangkan umur kita hingga bertemu pada bulan Ramadan pada tahun-tahun mendatang dalam peningkatan ibadah yang lebih baik, sihat afiat dan penuh curahan rahmat Allah.Kita berbahagia pada hari ini kerana Allah Swt telah menghantarkan kita pada curahan hujan kasih sayang yang tidak ada batasnya, tidak ada henti-hentinya.

Baru saja kita meninggalkan rumah kita. Baru saja kita mengumandangkan takbir. Baru saja kita meratakan dahi di atas sejadah sambil membaca Subhana Rabbiyal 'Ala wa bi Hamdih.

Meskipun di namakan ‘Hari Raya’ namun itu bukan bermakna kita telah bebas dari apa yang telah menjadi batas dalam berpuasa. Idul Fitri bermakna hari kembali Fitrah kepada Allah S.W.T. menghapus dosa muslim yang mukminin. Mari kita duduk bersimpuh disaksikan oleh para malaikat, di mana Allah berseru kepada mereka:

"Wahai para malaikat-Ku…saksikanlah para hamba-Ku pada hari ini Aku telah mengampunkan semua dosa-dosa mereka yang berpuasa kerana-Ku."











Saturday, June 18, 2016

Tanda Mendapat Taufik atau Kehinaan Dari Allah


3 TANDA MENDAPAT TAUFIK & KEHINAAN DARI ALLAH

Tanda-tanda anda mendapat Taufik itu ada tiga perkara:

1. Mudah mengerjakan amal kebaikan, padahal tiada niat dan bukan tujuanmu.
️2. Berusaha untuk melakukan maksiat, tetapi selalu terhindar daripadanya.
3. Selalu terbuka pintu mohon pertolongan dan iftiqar (berhajat) kepada ALLAH Taala dalam setiap hal.( Syarah Hikam )

Tanda-tanda dibiarkan (dihinakan) oleh ALLAH Taala ada tiga perkara:

1. Sukar melakukan ibadat (taat), padahal sudah berusaha bersungguh-sungguh.
2. Mudah terjerumus ke dalam maksiat, padahal sudah berusaha untuk menghindarkannya.
3. Tertutupnya pintu permohonan hajat kepada ALLAH Taala sehingga merasa tidak perlu berdoa dalam segala hal. (Syarah Hikam )

Wednesday, June 8, 2016

Muhasabah Buat Diri


👉Waktu sedang "Di Puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.
👉Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.
👉Waktu sedang "Tidak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada..
👉Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.
👉Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.
👉Waktu kita "Miskin" baru kita insaf pentingnya amalan sedekah walaupun seringgit dan saling membantu saudara kita..
👉Masuk "Usia Tua" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.
👉Saat "Di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.


Hidup tidaklah lama. Sudah masanya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:
Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung.

Jadilah teman setia tanpa syarat...Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman...Tunjukkanlah bahawa kita masih mempunyai Hati Nurani yang tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah. Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yang ditabur itulah yang akan dituai. Allah S.W.T. tidak pernah menjanjikan langit selalu biru, bunga selalu mekar, mentari selalu bersinar.
Tetapi ketahuilah bahawa Allah S.W.T. selalu memberi pelangi di setiap badai, senyum di setiap air mata, Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doa......

Jangan pernah menyerah. Teruslah istiqamah beribadah kerana...hidup ini terlalu indah....Hidup bukan suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara...

Indahnya hidup bukan kerana ramai orang mengenal kita, namun berapa ramai orang yang merasa bahagia kerana mengenali kita.

[Profesor Dr. Muhaya Mohamad]

Thursday, June 2, 2016

Peringatan Ustaz Shauqi Hassan


Alhamdulillah kita masih bernyawa lagi hari ini. Bangun pagi dengan nikmat kesihatan, iman dan Islam serta masih mampu bernafas untuk menguruskan urusan duniawi. Senyuman masih mampu kita ukir di samping keluarga tersayang.

Pejam celik, pejam celik. Dah masuk bulan Jun rupanya hari ini. Sedar tak sedar hampir setengah tahun kita mengharung dunia dan segala alam yang kita duduki.

Ada yang bertarung nyawa di alam pekerjaan. Demi mencari sesuap nasi dan nafkah untuk siisi keluarga.

Ada pula yang memerah otak bertarung akal menuntut ilmu di alam universiti dan sekolah. Hanya untuk mendapatkan segulung ijazah dan sekeping sijil dambaan ibubapa.

Ada di kalangan kita yang sedang bertarung emosi dalam alam rumahtangga untuk mengimbangi peranan sebagai suami isteri. Ada yang lebih dari suami nak belajar tundukkan ego, tak lupa yang dayus nak belajar rendahkan ego si isteri.

Dan macam-macam lagi kerenah manusia di alam masing-masing. Kerana itu kita semua perlu kembali merujuk Allah yang memiliki dan memerintah SELURUH ALAM manusia. Yang telah menetapkan setiap aturan dan peraturan, hukum hakam, perintah dan larangan, petunjuk dan jalan bagi kita melalui kitabnya.

BICARA ALLAH, RASUL DAN KITAB

Hari ini sudah masuk fasa baru bagi manusia mengikut kalendar masehi. Setahun bersamaan 365 hari. Mari kita lihat sejauh mana kita istiqomah mendekatkan diri kita kepada Allah dan risalah rasulnya iaitu al-quran. Bagaimana hubungan kita dengan mereka selama hari ini kita bernyawa dan hidup di atas segala nikmat kurniaan Allah.?

Al-quran berjumlah 6236 ayat. Dibahagi dengan setahun 365 hari kita patutnya sudah pun membaca paling kurang 17 ayat sehari. Andaikata kita istiqomah dan menjadikannya taqwim harian, sepatutnya sehingga hari ini kita sudah pun membaca sebanyak 2562 ayat selama 150 hari kita telah hidup pada tahun 2016.

Ayat ke 2562 terletak pada awal surah Al-Mukminun iaitu ayat pertama surah ke 23 dalam al-quran yang terletak pada permulaan juzuk ke-18.

Ini hanyalah matematik kanak-kanak sekolah rendah yang melibatkan campur, darab dan bahagi. 17 ayat sehari itu adalah tahap paling rendah dan pemalas bagi seorang yang mengaku beriman dan Islam macam kita.

Surah al-fatihah sahaja pun kita sudah ulang baca 17 kali sehari dalam setiap kali solat lima waktu. Apalagi saranan untuk membaca seluruh isi al-quran dan menguasai kefahaman daripada isi kandungannya.

Jika sehingga sekarang kita masih jauh tertinggal dari jangkaan sepatutnya. Maka kita masih hidup dalam ANGAN-ANGAN mengharapkan syurga Allah dengan harapan tua-tua nanti sempatkan qodho balik nak membaca al-quran.

Itu pun belum tentu sempat.

Al-quran hanya tinggal tulisan yang terbiar isi kandungan dan maksudnya. Anak-anak kita sudah jauh meninggalkan al-quran sebagai bacaan kerana makbapaknya sudah tidak kenal lagi al-quran.

Bila kita gantikan segala macam gajet, komputer, laptop, telefon, tablet dan pelbagai lagi instrumen hiburan dan kononnya alat bantu yang 'memandaikan' anak-anak kita! Sedarlah kita telah MENAFIKAN HAK ALLAH untuk meletakkan al-quran di dada mereka.

Anak-anak hanyut dengan hiburan di depan mata. Penyakitnya pada alat yang ibubapa telah redho untuk dijadikan mainan anak-anak. Yang merosakkan minda dan melalaikan MASA mereka adalah ibubapa yang mengambil mudah untuk melepaskan beban tanggungjawab mendidik anak.

Nak didiamkan anak, DIRASUAHNYA anak dengan kartun dan lagu.

Nak disenyapkan anak, DIMATIKAN jiwa mereka dengan mainan dan hiburan.

Dunia sudah terbalik. Pada ibubapa sekarang yang mereka nampak MENGHIDUPKAN jiwa anak-anak adalah televisyen, hiburan, artis, filem, bola, sukan dan sebagainya.

Padahal yang benar-benar menghidupkan jiwa kita ialah al-quran berupa ilmu yan mengatur hidup kita untuk mengabdikan diri kepada Allah. Bukan segala hiburan menjadikan kita hamba, pengabdi kepada artis dan segala idola pujaan manusia.

Allah dibuang daripada menjadi pengatur hidup.
Rasul ditolak segala sunnah dan cara hidupnya.
Al-quran dipijak terang-terangan, dilangkah segala perintah dan larangannya.

ADAKAH KITA MASIH BERBANGGA DENGAN HIDUP KITA SEKARANG??? Sedangkan kita masih terlalu jauh dari memahami erti dan tujuan hidup dalam mengabdikan diri kita sepenuhnya kepada segala perintah Allah.

Di mana kita ketika ini? Dekat atau jauh dengan Allah dan Rasul? Layakkah syurga untuk kita?

SHAUQI
"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu". (Surah al-Israk, 17: 14)

[Pesanan Ustaz Shauqi Hassan]

Pesanan


Allah menjadikan kehidupan hakiki manusia ketika berada di akhirat. Berbeza dengan kehidupan dunia yang selalu berubah-ubah mengikut cubaan yang diberikan-Nya bagi menguji amalan manusia. Hari ini seorang hamba Allah kuat, tetapi mungkin esok dia lemah. Hari ini dia kaya, mungkin esok dia miskin. Segala sesuatu di dunia ini berubah dan berganti-ganti.

Dia menjadikan perubahan ini untuk menyatakan bahawa Dia berkuasa di atas segala sesuatu yang semuanya berasal dari-Nya. Kita sebagai hamba tidak memiliki apa-apa, Kekayaan, kesihatan, kecerdikan hatta tempoh kita berada di dunia pun Allahlah yang menetapkannya.

Jangan sia-siakan masa. Hendaklah kita tunduk kepada-Nya, sebagaimana tunduknya matahari, bulan, lautan, udara, haiwan, tumbuhan dan segala ciptaan-Nya yang lain.

Allah S.W.T. berfirman: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling rugi perbuatannya. Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya. Mereka itu orang-orang yang mengingkari terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (tidak percaya terhadap) perjumpaan dengan-Nya, maka sia-sialah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari Kiamat. " (Surah Al Kahfi ayat 103-105).


Ilmu tanpa amal itu sia-sia. Redha Allah jauh lebih baik dari redha manusia. Redha Allah membawa ke syurga. Redha manusia membawa kemusnahan belaka.


Antara bala besar pada akhir zaman ini ialah diangkat oleh Allah SWT khusyuk di dalam solat. Bagaimana mahu khusyuk jika mata tidak dijaga? Apa yang dilihat daripada sesuatu yang diharamkan pasti mengkelamkan hati. Bila hati sudah kelam maka terhijablah hati seseorang itu daripada merasai kehebatan Allah S.W.T. Tidak akan dapat khusyuk jika hati tidak dapat merasai kehebatan Allah S.W.T. Hati sebegini pasti lalai dan menjadi kelaziman bagi hati yang lalai pasti bergelumang dalam lembah maksiat. Maka hati bertambah kelam. Bertambah kelam dan kelam sehingga hilanglah nur Iman.

Na'uzubillahi min zalik

Nasihat Ustazah Fatimah Syarha


"Sesungguhnya orang orang yang berdosa, adalah mereka yang mentertawakan orang-orang yang beriman." (Surah al Mutaffifin, 29).

Ingin menjadi orang beriman, kena bersedia untuk diuji. Ditertawakan orang itu biasa. Tidak bahaya pun. Al Quran sudah siapkan 'mind set' itu. Yang bahaya, jika kita suka mentertawakan orang. Bimbang, itulah 'karekter' yang mengeluarkan kita daripada ciri orang ber'iman'. Nauzubillah min zalik!

Setiap hari kita diuji dengan pelbagai persepsi dan tanggapan orang. Bersabarlah. Pujilah Allah SWT siang dan malam. Di situ ada ketenangan, In Sha Allah.


Jika barang itu bagus, di kotak atau pembungkusnya juga tentu 'bangga' cerita yang bagus-bagus. Ada 1 benda ni, baca kotaknya saja dah gerun.
Belum lagi kaji sejarahnya, mudaratnya pada diri sendiri, orang lain, janin dan kehamilan. Mudarat pada tak makbulnya doa pengambil benda haram, ekonomi tersumbang kepada Zionis dan sebagainya. Bicara tentangnya bersama Ketua Hakim Syarie Pahang...Gerun juga dengar risikonya jika kita tak siapkan ilmu dan doa secukupnya sebelum menempuhi alam itu.

Saturday, May 7, 2016

Bantuan Allah Sangat Dekat



Rajin-rajinlah membaca Surah Alam Nasyrah setiap hari bagi memudahkan bantuan dari Allah ketika berhadapan dengan kesulitan.

Monday, May 2, 2016

Perintah Allah Diremehkan


Statistik daripada pelbagai pihak menunjukkan tentang betapa kroniknya umat Islam di Malaysia. Di antaranya hanya 50% sahaja yang ada al-Quran di rumah, Dari jumlah itu 5% sahaja yang membacanya. Yang lain cuma disimpan di atas rak atau almari.Hanya 1% yang membaca tafsirnya.

Kira-kira 80% umat Islam memiliki decoder Astro, namun hanya 5% sahaja yang menonton saluran agama Astro Oasis. 70% lebih mementingkan program hiburan dan glamor,sukan,berita dan sebagainya. Anak-anak dilatih untuk menjadi penyanyi dan penghibur. Hanya 10% sahaja yang memberi perhatian kepada surau dan masjid di taman perumahan masing-masing. HAnya 20% menghantar anak ke sekolah agama manakala 80% anak umat Islam tidak pandai membaca Al-Quran dan tidak tahu hal-hal agama.

Sejumlah 90% wanita Islam mendedahkan aurat dengan memakai pakaian yang agak ketat, dan bertudung singkat. Selain itu 95% umat Islam tidak belajar agama di surau atau masjid. Oleh itu Ahli Jawatankuasa masjid dan surau perlu memikirkan cara untuk menarik mereka hjadir ke majlis-majlis ilmu.

Sebanyak 99% bapa menyerahkan kepada imam untuk menikahkan anak-anak perempuan sedangkan yang terbaik ialah bapa sendiri sebagai wali mujbir yang menikahkan mereka.

[Sumber: Kuliah Maghrib oleh Ustaz Norazli bin Musa pada 28hb.April 2016]

Tuesday, April 26, 2016

Mutiara Siti Nurbaya Usman 5


Hati yang Allah ciptakan bukan dari gelas yang mudah retak. Bukan pula dari kertas yang mudah terbakar. Tapi hati manusia diciptakan berbolak-balik
Hati itu mahal maharnya. Seandainya dapat menjaga hati yang sepotong itu. Jauh dari kekotoran dan kerosakan. Maka itulah hati yang jernih mata
hatinya.

Saat kita meminta kesabaran kepada Allah. Maka akan diberikan sedikit masalah, agar dapat membuat kita belajar menjadi seorang yang penyabar


Ikhlas itu adalah saat kita telah melupakan kebaikan yang pernah dilakukan. Imam Syafi’i membiarkan seekor lalat yang menghisap tintanya hingga kenyang hanya kerana tak ingin mengusik hamba Allah yang sedang mengambil rezeki hasil dari penulisannya..Jangan biarkan amal sekecil apa pun terlepas dari keikhlasan..Siapa tahu besar nilainya di hadapan Allah S.W.T.Ikhlas adakalanya menyakitkan, melelahkan, namun ada banyak hikmah dan rahsia terbesar di sebaliknya.


Cinta bukan bahasa kata kata..Tapi cinta adalah bahasa air mata. Oleh kerana itu Imam Al Bushiri menuturkan dalam syair indahnya:

"Bagaimana mungkin kau ingkari cinta
Sedangkan air matamu berlinangkan air mata kerinduan."

Demikianlah seharusnya rasa cinta kita pada Rasul Habibul Mustafa.


Engkau jua yang menciptakan aku ke sana
Negeri yang terakhir...
Sejuta asa dalam waktu
Aku merindukannya


Seumpama sebuah pohon rendang yang berawal dari bibit kecil, demikianlah sifat dermawan yang harus dipupuk.Sifat dermawan tidak tumbuh dalam batas sekerdipan mata. Memerlukan jiwa yang amat lapang kerana terlalu cintakan dunia membuat seseorang menjadi kikir. Sedangkan menjadi seorang yang dermawan adalah bahagian dari ibadah yang menambahkan rezeki yang telah di jamin Allah.

Mutiara Siti Nurbaya Usman 4


Rahsia arus samudera cinta di dalam wujud....Sedang ilmu adalah maqam yang paling mulia. Maka cinta adalah hal yang paling tinggi....Dan orang orang yang beriman lebih benar benar mencintai Allah.

Saat Allah hendak memberi limpahan rezeki pada seorang petani tanpa harus bekerja keras merawat tanam tanaman, hasilnya akan melimpah luas.

Tetapi Allah tidak akan menyalahi hukum alam. Apabila tanaman tidak dirawat dengan baik, maka hasil itu tentu sebaliknya.

Demikian pula dengan amal perbuatan. Sekalipun Allah berhak mengampuni orang yang berdosa, tetapi apabila dia tidak bertaubat maka balasannya amat menyeksakan.



Seandainya manusia memiliki....Sejuta jiwa ...Sejuta nyawa ...Sejuta umur...Semua itu jika digunakan untuk taat kepada Allah, maka itu sangatlah sedikit sekali bila dibandingkan dengan redha Allah kepada hamba-Nya pada hari kiamat. Amal soleh tidak akan cukup jika ditukar dengan redha yang berikan Allah kerana Redha Allah jauh lebih luas dan tidak dapat dihitung kemampuan manusia sejagat.

Barangsiapa yang berusaha untuk mencapai redha Allah, nescaya Allah akan meninggikan darjat dan martabat mereka. Jadilah seorang hamba yang dimuliakan. Ya, itu para kekasih Allah yang ibad Ar-Rahman.


Jangan sampai kita memandang bahawa kegagalan adalah hakikat dari pemberian Nya, sehingga kita menyimpan neraka kecil di dalam batin ~ Api itu panas, maka hindarilah...~

Maksudnya, jangan kita berburuk sangka dengan kegagalan yang kita hadapi sehingga hati kecil kita merasa kurang puas seumpama menyimpan ‘dendam’ atau neraka di hati. Dalam hal ini permainan syaitan sungguh halus untuk membuat manusia menduga takdir dari-Nya.





Mutiara Siti Nurbaya Usman 3


Malam adalah waktu yang hening
Malam adalah perjumpaan manusia dengan Tuhan
Malam adalah gudang kekayaan Allah

Jangan biarkan malammu tanpa ibadah yang syahdu
Kerana harta karunmu itu adalah malam hari


Badai...
Berhentilah engkau mengamuk
Lenturkan sedikit saja hembusanmu
Sudah terlalu banyak dahan yang patah
Aku tak mampu mengukuhkan
Mereka yang nyaris tumbang

Aku berharap...
Pada setitis air ...
dan angin lembut menyampaikan salamku padamu
Agar gersang panjang ini segera berakhir
Untuk membersih noda-noda yang membalut hati mereka


Di antara sebab mendapatkan keampunan Allah adalah dengan menyebarkan salam dan bertutur kata yang baik-baik. Apabila salah dalam ucapan, maka permusuhan pun terjadi. Amalkan menyebarkan salam dan biarkan jari jemari menuturkan kalam yang baik-baik meskipun hanya sebatas perkenalan di alam maya.


Aku bertanya pada awan...
Lalu ia pun diam

Aku bertanya pada gunung..
Juga ikut diam

Aku tanyakan pada lautan samudera
Mereka hanya khuysuk dengan senandung yang dilantunkan

Mengapa semua terdiam?
Jawabnya ada di dalam ayat-ayat yang dilantunkan oleh Sang Kekasih ciptaan terbaik-Nya..

Ternyata semuanya sedang khusyuk mengagungkan Tuhan Alam Semesta

Sunday, April 24, 2016

Mutiara Siti Nurbaya Usman

~ Ikhtilaf ummati rahmatun ~ Perbezaan di kalangan umatku adalah Rahmat. Demikian pesan Rasulullah s.a.w. Teruskan beramal soleh dan biarkan hasilnya ditentukan oleh Allah S. W.T.Siramilah akarnya dan biarkan sinarnya menghidupkan benihnya


Saat terik matahari membakar kulit dan ubun ubun. Siapakah yang tidak ingin mencari pohon rendang untuk berteduh? Saat tekak mulai mengering dan dahaga. Siapakah yang tidak menolak air putih yang segar?

Alangkah mulianya seandainya seseorang itu memiliki budi pekerti bagaikan pohon rendang yang memberikan keteduhan atau seperti air segar yang mengembalikan tenaga untuk orang orang yang dalam kehausan.


Sungguh seksaan di akhirat sangat pedih, sedangkan pahala yang dijanjikan Allah sangat utama. Setiap manusia pasti ingin memetik buah dari benih dan pohon yang ditanamnya. Kerana hidup adalah benih yang kita tanam. Bersahabatlah dengan waktu yang bermanfaat. Kerana waktu tidak pernah berdusta.


Takdir dan kematian adalah sebuah kebenaran dari Allah S.W.T. Meratapi takdir hidup adalah bahagian dari tanda berputus asa. Para kekasih Allah adalah mereka yang menerima setiap takdir dengan penuh kebenaran kerana kebenaran adalah bahagian dari harta umat muslim. Kebenaran adalah hartamu dan kutiplah …


Hadirkan mustika harapanmu hanya di depan pintu Allah. Dan muarakan segala permintaanmu hanya kepada-Nya. Sehingga menjadi seorang hamba yang penuh dengan keredhaan

Wednesday, April 13, 2016

Kaki Palsu Pembela Bangsa


Anak Palestin gembira mendapat kaki palsu yang bakal diguna untuk membebaskan Al Quds dari cengkaman zionis dan menegakkan keamanan di tanah air tercinta. Betapa malunya kita bila kaki yang Allah anugerahkan kita bawa pula ke tempat maksiat.

Thursday, March 31, 2016

Kekal Kuat Dengan Allah


Tekanan dalam kehidupan?

Ada orang yang tertekan dengan merasa susahnya hidup...
Ada orang yang merasa terbeban dengan kurangnya harta...
Ada orang yang sedih dengan ujian tiadanya anak...
Ada orang yang berduka dengan tiada kerja..

Apa jua alasan tekanan, Allah berjanji bagi tiap-tiap kesusahan itu ada kemudahannya. Dan percayalah, Dia tidak pernah memungkiri janji-Nya..

Apabila tertekan, tarik nafas, kosongkan fikiran, baca surah al-insyirah dan fahami maksudnya!

In sya Allah, semoga bertemu jalan penyelesaiannya..

Info Yang Wajar Dikongsi


1. MARAH selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh menjadi lemah selama 6 jam.
2. DENDAM dan MENYIMPAN KEPAHITAN akan menyebabkan imun tubuh mati. Dari situlah bermula segala penyakit seperti Stres, Tinggi Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke ( perdarahan/penyumbatan pembuluh darah )
3. Jika diri dibiarkan STRES, kita akan alami Gangguan Pencernaan.
4. Jika sering merasa KHUATIR, kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu (Frozen Shoulder).
5. Jika Mudah TERSINGGUNG, kita cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).
6. Jika sering mengalami KEBINGUNGAN, kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah (Lower Back Pain).
7. Jika sering membiarkan diri RASA TAKUT BERLEBIHAN, kita akan mudah terkena penyakit Ginjal.
8. Jika selalu BERFIKIRAN NEGATIF, kita mudah terkena Dyspepsia (penyakit sukar mencerna ).
9. Jika mudah BEREMOSI dan CENDERUNG MARAH, kita terdedah pada penyakit Hepatitis.
10. Jika sering merasa SOMBONG ( menolak kebenaran dan meremehkan orang lain ) terhadap lingkungan, kita berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.
12. Jika sering ANGGAP MUDAH semua persoalan, hal ini boleh mengakibatkan penyakit Diabetes.
13. Jika sering merasa KESEPIAN, kita boleh terkena penyakit Dementia Senelis (berkurangnya memori dan kawalan fungsi tubuh).
14. Jika sering BERSEDIH dan RASA RENDAH DIRI, kita boleh terkena penyakit Leukemia (kanser darah putih)

[Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” oleh Dr. Masaru Emoto]

Redha Dengan Ketentuan-Nya



Hidup ini adalah medan ujian di mana Allah menilai siapakah yang paling baik amalannya. Yang redha dengan ketentuan-Nya dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri akan mendapat kebahagiaan, ketenangan dan qanaah (serba cukup) yang nilainya lebih besar dari seisi alam.

Berusaha mendapatkan keredhaan Allah itu bermaksud, melakukan perkara yang Dia suka, bukan membuat perkara yang kita suka dan mengharapkan redha-Nya, meskipun perkara yang dilakukan itu adalah maksiat.

Allah SWT berfirman, “Barangsiapa yang tidak redha dengan ketentuan-Ku, tidak sabar terhadap ujian-Ku, tidak mensyukuri nikmat-Ku, dan tidak puas dengan pemberian-Ku, maka hendaknya dia menyembah tuhan selain-Ku."

Diri ini sangat mengagumi seorang rakan maya yang sedang diuji dengan penyakit, sering keluar masuk hospital. Pun begitu, setiap kali muncul di dinding Muka Buku, walaupun rona wajahnya kelihatan sedikit kurus, dia tetap ceria memberi salam dan memohon maaf kepada semua rakan dalam friendlist. Tidak pernah sekali pun dia mengeluh mengenai penyakitnya. Mungkin dia tahu Allah amat menyayanginya, dan sedang membersihkannya dari dosa-dosa lampau.

Beberapa hari lalu dia menerima berita gembira. Kini dia sudah bergelar seorang datuk dengan kelahiran cucu sulungnya. Alhamdulillah. Ini satu anugerah yang besar. Semoga cucu ini bakal mewarisi kekentalan semangat datuknya.

Allah berfirman: "Dan (Ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (At-Talaaq: ayat 3).

Perbuatan suka mengeluh umpama menuang air ke gelas yang bocor. Tidak akan terisi, apa lagi penuh.

Orang yang zahirnya tiada apa-apa, tetapi ada Allah di dalam hati, maka dia ada segala-galanya.

Sedikit Yang Afdal


Ada beberapa amalan yang sedikit lebih afdal dilakukan berbanding yang banyak kerana wujud dalilnya yang khusus.

1. SOLAT QASAR lebih afdal daripada solat yang sempurna apabila jarak musafir melebihi tiga marhalah iaitu lebih kurang 120 km ke atas.

2. SOLAT DHUHA lebih afdal ditunaikan sebanyak 8 rakaat kerana mengikut Sunnah Nabi s.a.w., walaupun paling banyak yang boleh dilakukan adalah 12 rakaat.

3. Meringkaskan SOLAT SUNAT FAJAR lebih afdal daripada memanjangkannya.

4. MEMBACA SURAT YANG PENDEK SECARA SEMPURNA lebih afdal daripada membaca ayat yang panjang tetapi tidak sempurna surahnya. Contoh, membaca Surah al Zalzalah sehingga habis lebih afdal daripada membaca beberapa ayat daripada Surah al Baqarah.