Friday, November 11, 2016
Kesusahan Dalam Hidup
Kesusahan yang datang dalam hidup adalah tanda DOA kita dimakbulkan, supaya kita lebih tabah, kuat, dan dekat dengan Allah. Namun kita tersilap bila melihat kesusahan atau tekanan itu sebagai perkara yang menghancurkan diri. Umumnya, orang mula kembali kepada Allah S.W.T. ketika ditimpa kesusahan, kesempitan dan pelbagai bentuk dugaan. Di sebalik kesusahan itu ada RAHMAT yang besar.
Masa senang dan lapang selalunya manusia mudah lalai dan alpa terhadap Allah S.W.T. Namun Allah S.W.T. dengan kasih sayang-NYA sentiasa membuka jalan untuk kita kembali kepadaNYA.
Seorang usahawan, bila menemui kegagalan atau kerugian mula kembali bersolat, mendatangi masjid, menangis ketika tahajud, hatinya menjadi lembut dan rendah diri.
Seorang ahli politik bila sudah tidak dipilih, dan kerjaya politiknya musnah, dia mula menangis dan kembali kepada Allah S.W.T.
Menghadapi masalah rumah tangga, diserang penyakit yang membawa kepada kematian menyebabkan manusia kembali ingat kepada Allah S..W.T.
.
Hidup manusia yang sering ditimpa kesusahan, mereka lebih mudah menangis ketika berdoa. "Ya Allah ampunkan dosa kami kerana hati kami yang tidak bersyukur dan berterima kasih kepadaMU."
[Ebit Lew]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment