Sunday, July 10, 2016

Makan Bersama Keluarga


Meluangkan masa makan bersama seisi keluarga sekurang-kurangnya sekali sehari memberi kesan besar kepada kesejahteraan minda dan emosi anak-anak. Waktu makan bersama boleh menjadi saat penting untuk membina ikatan keluarga. Tidak dinafikan kesibukan ibu bapa telah menjadikan amat sukar untuk mencari masa makan bersama terutama pada waktu siang tetapi rasanya kita boleh berkumpul sekeluarga pada waktu makan malam.

Antara kelebihannya:

Belajar adab sopan -
Kalau anda perhatikan, adab di meja makan kini semakin hilang terutama di kalangan generasi muda. Ramai anak-anak lebih suka menikmati makanan di depan televisyen.

Tabiat makan ibu bapa akan menjadi contoh -
Ibu bapa perlu menunjukkan tabiat pemakanan yang baik supaya boleh menjadi ikutan anak-anak. Ini termasuklah makan sayur, buah-buahan dan minum air kosong.

Nikmati masa berkualiti dengan anak-anak -
Waktu makan adalah waktu yang tenang dan menyeronokkan. Ketika inilah ibu bapa boleh berinteraksi dengan anak-anak. Antara topik yang boleh ditanyakan ialah peristiwa menarik di sekolah pada hari itu, perkara yang menggembirakan atau menyedihkan anak-anak atau mengenai kawan rapatnya.
Secara tidak langsung cara ini akan merangsang anak–anak berinteraksi dan dapat meluahkan pandangan mereka dengan lebih baik. Bahkan ketika inilah juga anda secara rahsia boleh mengesan pergerakan harian anak-anak terutama yang sudah masuk usia remaja.

Keakraban hubungan keluarga yang terbentuk daripada makan bersama seisi keluarga memberi kesan besar kepada kehidupan anak dan kesan positif ini akan mempengaruhi tabiat makan mereka. Tabiat pemakanan yang baik dipupuk dari kecil akan diamalkan sepanjang hayat.

Anak-anak mempunyai pandangan negatif positif terhadap ibu bapa mereka - Masa makan juga adalah masa terbaik untuk memuji anak-anak dengan berterima kasih kepada perlakuan baik dan kerajinan mereka membantu anda. Paling mudah anda boleh berterima kasih kerana mereka rajin ke sekolah.

[Sumber: FB Zawidatul Asma Zainuddin]

No comments:

Post a Comment