Sunday, October 28, 2018

Muslimah - Anak-anak Perlukan Mu






Pesanan dari Baihaqi Alhamdulillah

Hari ini kita saksikan banyak muslimah berlumba-lumba tampil cantik. Mengejar fashion mode terbaru dan selalu update tren kekinian. Mempelajari tutorial make up dari a-z. Tidak lupa, tutorial hijab gaul pun menjadi hobi muslimah zaman sekarang.

Para muslimah berlumba-lumba upload foto tercantik di akun sosmed masing-masing. Ada kebanggaan tersendiri ketika foto di-like banyak orang. Makin baper ketika ada yang memuji kecantikan wajahnya. Status selebgram pun menjadi cara ampuh untuk panjat sosial di kalangan anak muda zaman sekarang.

Ukhti, kelak engkau akan sedar. Ketika engkau menjadi ibu bagi anakmu, mereka tidak butuh ibu yang super cantik. Mereka tidak butuh ibu yang boleh tampil menor di setiap saat. Mereka tidak butuh ibu yang bajunya mahal-mahal dan kekinian. Anak-anakmu juga tidak butuh ibu yang foto selfienya di-like ribuan orang dan memiliki jutaan followers.

Tidak, mereka tidak butuh itu semua. Mereka hanya perlu ibu yang boleh mendidik mereka dengan baik. Yang mampu menjadi tempat mencurahkan isi hati mereka. Menjadi pelarian mereka saat sedang bersedih hati dan memberi pelukan hangat yang mententeramkan. Mereka perlu ibu yang boleh menjadi pendamping tepat bagi ayah mereka untuk memimpin keluarga. Mereka perlu sosok teladan yang boleh mereka banggakan dan dikenang sepanjang hidup.

Ukhti, pelajarilah agamamu dengan baik. Sungguh, berkeluarga adalah ibadah seumur hidupmu. Itulah ladang terbesarmu untuk menuai pahala. Pernikahan bukan hanya tentang Fulan jatuh cinta pada Fulanah. Itu adalah ibadah terberat yang engkau mau tidak mau harus menjalaninya. Dan tidaklah ibadah itu boleh kau lakukan dengan baik tanpa ilmu yang cukup.

Bagi engkau yang sudah menikah, mari perbaiki diri. Buka kembali rencana awal mengapa engkau menikah dengannya. Pelajari ilmu agama dengan lebih serius dan jadilah ibu yang lebih baik bagi anak-anakmu. Belum terlambat untuk memperbaiki semuanya. Pelan-pelan, mulailah dari yang paling prioritas.

Bagi yang belum menikah, kesempatanmu masih ada. Sungguh, kehidupan dunia sekarang memang melalaikan. Itulah tantangan terbesar. Berusahalah untuk boleh lebih baik pada dunia fana ini dan mulai merangkai perjalanan menuju akhiratmu. Pelajari ilmu agama ini sebagai pedoman utama hidup dan belajarlah dari mereka yang  berpengalaman. Segeralah membuat perencanaan dengan baik, kerana sesungguhnya saat ini engkau berlomba dengan waktu. Kelak jika saat itu tiba, buatlah anakmu bangga memilikimu sebagai ibu.

Kerana engkaulah pintu syurga utama bagi anak-anakmu, maka buatlah dirimu pantas mendapat kehormatan itu...

Friday, November 11, 2016

Kesusahan Dalam Hidup


Kesusahan yang datang dalam hidup adalah tanda DOA kita dimakbulkan, supaya kita lebih tabah, kuat, dan dekat dengan Allah. Namun kita tersilap bila melihat kesusahan atau tekanan itu sebagai perkara yang menghancurkan diri. Umumnya, orang mula kembali kepada Allah S.W.T. ketika ditimpa kesusahan, kesempitan dan pelbagai bentuk dugaan. Di sebalik kesusahan itu ada RAHMAT yang besar.

Masa senang dan lapang selalunya manusia mudah lalai dan alpa terhadap Allah S.W.T. Namun Allah S.W.T. dengan kasih sayang-NYA sentiasa membuka jalan untuk kita kembali kepadaNYA.

Seorang usahawan, bila menemui kegagalan atau kerugian mula kembali bersolat, mendatangi masjid, menangis ketika tahajud, hatinya menjadi lembut dan rendah diri.

Seorang ahli politik bila sudah tidak dipilih, dan kerjaya politiknya musnah, dia mula menangis dan kembali kepada Allah S.W.T.

Menghadapi masalah rumah tangga, diserang penyakit yang membawa kepada kematian menyebabkan manusia kembali ingat kepada Allah S..W.T.
.

Hidup manusia yang sering ditimpa kesusahan, mereka lebih mudah menangis ketika berdoa. "Ya Allah ampunkan dosa kami kerana hati kami yang tidak bersyukur dan berterima kasih kepadaMU."

[Ebit Lew]



Tuesday, October 11, 2016

Hidupkan Kehidupan


Sesetengah manusia umur memang meningkat tetapi akal dan minda masih anak-anak di bawah dua tahun. Tidak berupaya meninggalkan adat kebiasaan dan kesukaan. Jauh sekali akan mencapai kedewasaan atau baligh yang dapat membezakan perkara terbaik antara dua kebaikan lalu diberinya keutamaan. Atau membezakan dua perkara yang buruk lalu dijauhinya.


Jiwa akan kelaparan bila tidak diisi dengan ilmu.
Hati akan kelaparan bila tidak diisi dengan ikhlas.
Hidup akan kelaparan bila tidak diisi dgn amal ibadah.

Di mana kita dalam mengisi ruang hidup untuk jiwa, hati dan juga kehidupan ini?

Thursday, October 6, 2016

Jadi Insan Mukhsinin


Ramai orang merasakan harga dirinya terletak pada apa yang dimilikinya (kedudukan dan kekayaan). Padahal harga diri itu letaknya pada AKHLAK YANG MULIA DAN TAQWA.Kita bukan siapa-siapa lagi bila kedudukan dan kekayaan itu lenyap.Berbahagialah insan yang bersikap dan bersifat ABDULLAH (hamba Allah).

#JadiInsanMukhsinin

Thursday, August 25, 2016

Jangan Burukkan Orang


Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila ada seseorang yang berkata; 'Celakalah manusia', maka sebenarnya ia sendiri yang lebih celaka dari mereka." (HR Muslim No: 4755)

Pengajaran:

1. Seorang Muslim tidak boleh berfikiran buruk dan menghukum kecelakaan ke atas orang lain kerana hukum berkenaan mungkin akan berpaling kepada dirinya sendiri.
2. Jangan sekali-kali memburukkan orang lain kerana kita mungkin lebih buruk dari mereka.
3. Nasib diri kita adalah mengikut apa yang akal kita fikirkan. Jika akal berfikiran negatif, maka natijahnya adalah negatif.
4. Seorang Muslim perlu memelihara baik sangka terhadap Allah.
5. Kecelakaan yang berlaku ke atas diri kita bukan semestinya disebabkan oleh perbuatan atau kejahatan orang lain. Bahkan ia mungkin berlaku kerana sikap diri sendiri.
6. Mengakui akan kelemahan dan kejahilan diri sebenarnya lebih penting dari menghukum kejahatan orang lain atau menyalahkan mereka.
7. Kita harus mengakui akan kelemahan diri dahulu dan jangan menuding jari kepada orang lain.

Marilah kita berusaha menjauhkan diri dari sifat mudah menghukum orang lain dan memburuk-burukkan mereka.

Friday, August 19, 2016

Dunia Selepas Kematianmu


jika kamu ingin melihat dunia selepas kematianmu,
kamu boleh melihatnya selepas kematian orang lain disekelilingmu...

Ketika itu kamu akan dapati bagaimana orang-orang yang saling menyintai boleh melupakan kekasih mereka yang telah mati.
Dan ketika itu yakinlah kamu bahawa kekasihmu yang tercinta akan melupakan kamu atau dia disibukkan dengan dunia dari mengingatimu.

Oleh kerana itu jadikanlah hidupmu itu seluruhnya "untuk Allah"
kerana dialah satu-satunya yang tidak akan melupakanmu
dan perbaikilah hubunganmu dengan Allah
kerana dia satu-satunya tidak akan musnah.

Perkataan ini menyakitkan tetapi itulah hakikatnya.

[Al-Marhum al-Syeikh Mutawalli alSya'rawi Rahimahullah]

Sunday, July 10, 2016

Makan Bersama Keluarga


Meluangkan masa makan bersama seisi keluarga sekurang-kurangnya sekali sehari memberi kesan besar kepada kesejahteraan minda dan emosi anak-anak. Waktu makan bersama boleh menjadi saat penting untuk membina ikatan keluarga. Tidak dinafikan kesibukan ibu bapa telah menjadikan amat sukar untuk mencari masa makan bersama terutama pada waktu siang tetapi rasanya kita boleh berkumpul sekeluarga pada waktu makan malam.

Antara kelebihannya:

Belajar adab sopan -
Kalau anda perhatikan, adab di meja makan kini semakin hilang terutama di kalangan generasi muda. Ramai anak-anak lebih suka menikmati makanan di depan televisyen.

Tabiat makan ibu bapa akan menjadi contoh -
Ibu bapa perlu menunjukkan tabiat pemakanan yang baik supaya boleh menjadi ikutan anak-anak. Ini termasuklah makan sayur, buah-buahan dan minum air kosong.

Nikmati masa berkualiti dengan anak-anak -
Waktu makan adalah waktu yang tenang dan menyeronokkan. Ketika inilah ibu bapa boleh berinteraksi dengan anak-anak. Antara topik yang boleh ditanyakan ialah peristiwa menarik di sekolah pada hari itu, perkara yang menggembirakan atau menyedihkan anak-anak atau mengenai kawan rapatnya.
Secara tidak langsung cara ini akan merangsang anak–anak berinteraksi dan dapat meluahkan pandangan mereka dengan lebih baik. Bahkan ketika inilah juga anda secara rahsia boleh mengesan pergerakan harian anak-anak terutama yang sudah masuk usia remaja.

Keakraban hubungan keluarga yang terbentuk daripada makan bersama seisi keluarga memberi kesan besar kepada kehidupan anak dan kesan positif ini akan mempengaruhi tabiat makan mereka. Tabiat pemakanan yang baik dipupuk dari kecil akan diamalkan sepanjang hayat.

Anak-anak mempunyai pandangan negatif positif terhadap ibu bapa mereka - Masa makan juga adalah masa terbaik untuk memuji anak-anak dengan berterima kasih kepada perlakuan baik dan kerajinan mereka membantu anda. Paling mudah anda boleh berterima kasih kerana mereka rajin ke sekolah.

[Sumber: FB Zawidatul Asma Zainuddin]