Thursday, March 31, 2016
Kekal Kuat Dengan Allah
Tekanan dalam kehidupan?
Ada orang yang tertekan dengan merasa susahnya hidup...
Ada orang yang merasa terbeban dengan kurangnya harta...
Ada orang yang sedih dengan ujian tiadanya anak...
Ada orang yang berduka dengan tiada kerja..
Apa jua alasan tekanan, Allah berjanji bagi tiap-tiap kesusahan itu ada kemudahannya. Dan percayalah, Dia tidak pernah memungkiri janji-Nya..
Apabila tertekan, tarik nafas, kosongkan fikiran, baca surah al-insyirah dan fahami maksudnya!
In sya Allah, semoga bertemu jalan penyelesaiannya..
Info Yang Wajar Dikongsi
1. MARAH selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh menjadi lemah selama 6 jam.
2. DENDAM dan MENYIMPAN KEPAHITAN akan menyebabkan imun tubuh mati. Dari situlah bermula segala penyakit seperti Stres, Tinggi Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke ( perdarahan/penyumbatan pembuluh darah )
3. Jika diri dibiarkan STRES, kita akan alami Gangguan Pencernaan.
4. Jika sering merasa KHUATIR, kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu (Frozen Shoulder).
5. Jika Mudah TERSINGGUNG, kita cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).
6. Jika sering mengalami KEBINGUNGAN, kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah (Lower Back Pain).
7. Jika sering membiarkan diri RASA TAKUT BERLEBIHAN, kita akan mudah terkena penyakit Ginjal.
8. Jika selalu BERFIKIRAN NEGATIF, kita mudah terkena Dyspepsia (penyakit sukar mencerna ).
9. Jika mudah BEREMOSI dan CENDERUNG MARAH, kita terdedah pada penyakit Hepatitis.
10. Jika sering merasa SOMBONG ( menolak kebenaran dan meremehkan orang lain ) terhadap lingkungan, kita berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.
12. Jika sering ANGGAP MUDAH semua persoalan, hal ini boleh mengakibatkan penyakit Diabetes.
13. Jika sering merasa KESEPIAN, kita boleh terkena penyakit Dementia Senelis (berkurangnya memori dan kawalan fungsi tubuh).
14. Jika sering BERSEDIH dan RASA RENDAH DIRI, kita boleh terkena penyakit Leukemia (kanser darah putih)
[Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” oleh Dr. Masaru Emoto]
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Hidup ini adalah medan ujian di mana Allah menilai siapakah yang paling baik amalannya. Yang redha dengan ketentuan-Nya dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri akan mendapat kebahagiaan, ketenangan dan qanaah (serba cukup) yang nilainya lebih besar dari seisi alam.
Berusaha mendapatkan keredhaan Allah itu bermaksud, melakukan perkara yang Dia suka, bukan membuat perkara yang kita suka dan mengharapkan redha-Nya, meskipun perkara yang dilakukan itu adalah maksiat.
Allah SWT berfirman, “Barangsiapa yang tidak redha dengan ketentuan-Ku, tidak sabar terhadap ujian-Ku, tidak mensyukuri nikmat-Ku, dan tidak puas dengan pemberian-Ku, maka hendaknya dia menyembah tuhan selain-Ku."
Diri ini sangat mengagumi seorang rakan maya yang sedang diuji dengan penyakit, sering keluar masuk hospital. Pun begitu, setiap kali muncul di dinding Muka Buku, walaupun rona wajahnya kelihatan sedikit kurus, dia tetap ceria memberi salam dan memohon maaf kepada semua rakan dalam friendlist. Tidak pernah sekali pun dia mengeluh mengenai penyakitnya. Mungkin dia tahu Allah amat menyayanginya, dan sedang membersihkannya dari dosa-dosa lampau.
Beberapa hari lalu dia menerima berita gembira. Kini dia sudah bergelar seorang datuk dengan kelahiran cucu sulungnya. Alhamdulillah. Ini satu anugerah yang besar. Semoga cucu ini bakal mewarisi kekentalan semangat datuknya.
Allah berfirman: "Dan (Ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (At-Talaaq: ayat 3).
Perbuatan suka mengeluh umpama menuang air ke gelas yang bocor. Tidak akan terisi, apa lagi penuh.
Orang yang zahirnya tiada apa-apa, tetapi ada Allah di dalam hati, maka dia ada segala-galanya.
Sedikit Yang Afdal
Ada beberapa amalan yang sedikit lebih afdal dilakukan berbanding yang banyak kerana wujud dalilnya yang khusus.
1. SOLAT QASAR lebih afdal daripada solat yang sempurna apabila jarak musafir melebihi tiga marhalah iaitu lebih kurang 120 km ke atas.
2. SOLAT DHUHA lebih afdal ditunaikan sebanyak 8 rakaat kerana mengikut Sunnah Nabi s.a.w., walaupun paling banyak yang boleh dilakukan adalah 12 rakaat.
3. Meringkaskan SOLAT SUNAT FAJAR lebih afdal daripada memanjangkannya.
4. MEMBACA SURAT YANG PENDEK SECARA SEMPURNA lebih afdal daripada membaca ayat yang panjang tetapi tidak sempurna surahnya. Contoh, membaca Surah al Zalzalah sehingga habis lebih afdal daripada membaca beberapa ayat daripada Surah al Baqarah.
Urus Niaga Ahli Zuhud
Setiap kita adalah peniaga yang menerima modal (umur) terhad dari Allah SWT, namun modal ini memberi kita peluang untuk meraih keuntungan sebanyak mungkin.
Ibn Hurairah berkata, “Sesiapa yang memiliki sedikit masa luang di tengah-tengah kesibukan dunia, hendaklah dia manfaatkannya untuk kegunaan akhirat. Usah tunggu bernar-benar lepas daripada kesibukan dunia untuk mengejar akhirat.”
Bersolat sunat, berzikir, berselawat, membaca dan mentadabbur al Quran, bersedekah jariah, membantu insan lain yang sedang kesusahan, di samping mengerjakan ibadah wajib yang lain.
Yang paling bijak berurus niaga dengan Allah SWT ialah ahli zuhud. Mereka mempunyai tetapan minda yang jelas dalam mengurus modal berupa kesihatan dan kesempatan berbekalkan iman dan jihad untuk meraih keuntungan dunia dan akhirat. Ahli zuhud mampu melihat prospek yang tidak terlihat oleh manusia lain. Tanpa diketahui oleh sesiapa, mereka bekerja keras menjadikan dunia sebagai ladang untuk akhirat.
Dalam masa yang sama, mereka mengelakkan diri dari berurus niaga dengan syaitan bagi memastikan modal tidak hilang dan terlepas keuntungan. Di akhirat nanti, ketika manusia lain dalam kerugian, ahli zuhud menerima anugerah tertinggi.
Bilal bin Saad menyatakan dalam Hilya al-Auliya: “Sungguh ramai orang yang bergembira namun tertipu. Dia sedap makan, minum dan tertawa, padahal Allah telah menetapkan dirinya akan menghuni neraka.”
Buat Dengan Ikhlas
Apabila Allah SW.T. menghendaki kebaikan dari seseorang hamba-Nya:
Nescaya Allah S.W.T. fahamkan kepadanya agama
Nescaya Allah S.W.T. zuhudkan hamba tersebut terhadap dunia
Nescaya Allah Swt memperlihatkan hamba tersebut kekurangan diri nya
Yang bermaksud:
Memahami agama dari pokok hingga ke akarnya
Zuhud terhadap dunia bererti mengosongnya hati dari menginginkan sesuatu yang tidak ada di tangan.
Matahari tidak pernah berkata kepada bumi, “Engkau berhutang kepadaku.“
Dalam soal keimanan dan keikhlasan begitulah diharapkan, kerana cahaya kebaikan dan keikhlasan tanpa di paksakan pasti menerangi seluruh angkasa dan seluas bumi yang terbentang.
Tunaikan apa yang telah diwajibkan oleh Allah S.W.T., nescaya akan menjadi orang yang abid (rajin beribadah). Jauhi apa yang Allah S.W.T. haramkan, nescaya akan menjadi orang yang zahid (ahli zuhud). Redhakan dengan apa yang Allah S.W.T. rezeki, nescaya akan menjadi orang yang paling kaya.
Amal kebajikan yang baik dan tulus adalah penyebab masuk syurga. Jangan pernah berhenti melakukan kebaikan meskipun kebaikan itu hanya sebesar debu. Di akhirat nanti kebaikan sekecil inilah penolong sejati.
Rasa cinta kepada Allah S.W.T. dan rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w. merupakan peringkat cinta paling bening, jernih bahkan paling luhur dan sempurna. Saat seseorang mencintai Allah S.W.T. dan rasul-Nya, dia akan merasa manisnya iman. Hidup terasa lengkap dan bahagia, meskipun harta tidak seberapa.
Gantilah sesuatu yang fana dengan yang abadi kerana kita selalu dikejar oleh ajal, sedangkan membangunkan kesedaran diri untuk berbuat kebajikan tidaklah mudah. Tugas setiap mukmin di dunia ialah melakukan amalan soleh yang bermanfaat bagi dirinya dan juga orang lain. Semakin banyak kebaikan yang dilakukan, maka semakin tekun dan tersenyum malaikat mencatatkan kebaikan tersebut. Mukmin sejati sentiasa mengaitkan jalan dunia sebagai jambatan meraih kebahagiaan di akhirat. Itulah jalan iman dan taqwa yang berkekalan.
Allah S.W.T. telah berjanji kepada orang beriman dan bertaqwa kepada-Nya yang selalu menyandarkan kehidupan di bawah naungan Al Quran bahawa mereka akan mendapat banyak keredhaan-Nya. Keredhaan Allah adalah sesuatu yang paling agung dari semua nikmat yang ada di dunia dan di akhirat kelak. Allah telah berfirman:
وَعَدَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ أَكْبَرُ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Bermaksud: "Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan (mendapat) tempat yang baik di surga 'Adn. Dan keredhaan Allah lebih besar (dari semua itu). Itulah kemenangan yang agung. (Surah At Taubah ayat 72).
Sifat Islam adalah Al Salam bererti damai dan sejahtera, yang merupakan tujuan sebenar Islam. Berdamailah dengan hati kerana tidak semua orang akan menyukai kita. Tetapi berbanggalah kepada Allah S.W.T. terhadap orang-orang yang tidak menyukai kita kerana Allah S.W.T. mungkin sahaja menyukai mereka lebih dari diri kita sendiri.Kerana kebanggaan ini Allah semakin sayang kepada kita.
[Cetusan hati Ustazah Dr Siti Nurbaya Usman]
Tuesday, March 29, 2016
Hikmah Si Buta
Keluar seorang buta pada waktu malam menuju ke sungai untuk minum air. Di tangannya ada lampu sebagai penyuluh jalan.
Seorang yang celik mata bertanya kepadanya, "Untuk apa membawa lampu sedangkan kamu tidak mendapat manfaat darinya?
Jawab si buta, "Agar orang yang celik nampak dan tidak melanggar saya!"
Demikianlah kita perlu kepada ikhtiar dan alat untuk keselamatan...
[Cetusan dari Dr Abu Anas Madani]
Subscribe to:
Posts (Atom)









