Sunday, July 10, 2016
Makan Bersama Keluarga
Meluangkan masa makan bersama seisi keluarga sekurang-kurangnya sekali sehari memberi kesan besar kepada kesejahteraan minda dan emosi anak-anak. Waktu makan bersama boleh menjadi saat penting untuk membina ikatan keluarga. Tidak dinafikan kesibukan ibu bapa telah menjadikan amat sukar untuk mencari masa makan bersama terutama pada waktu siang tetapi rasanya kita boleh berkumpul sekeluarga pada waktu makan malam.
Antara kelebihannya:
Belajar adab sopan -
Kalau anda perhatikan, adab di meja makan kini semakin hilang terutama di kalangan generasi muda. Ramai anak-anak lebih suka menikmati makanan di depan televisyen.
Tabiat makan ibu bapa akan menjadi contoh -
Ibu bapa perlu menunjukkan tabiat pemakanan yang baik supaya boleh menjadi ikutan anak-anak. Ini termasuklah makan sayur, buah-buahan dan minum air kosong.
Nikmati masa berkualiti dengan anak-anak -
Waktu makan adalah waktu yang tenang dan menyeronokkan. Ketika inilah ibu bapa boleh berinteraksi dengan anak-anak. Antara topik yang boleh ditanyakan ialah peristiwa menarik di sekolah pada hari itu, perkara yang menggembirakan atau menyedihkan anak-anak atau mengenai kawan rapatnya.
Secara tidak langsung cara ini akan merangsang anak–anak berinteraksi dan dapat meluahkan pandangan mereka dengan lebih baik. Bahkan ketika inilah juga anda secara rahsia boleh mengesan pergerakan harian anak-anak terutama yang sudah masuk usia remaja.
Keakraban hubungan keluarga yang terbentuk daripada makan bersama seisi keluarga memberi kesan besar kepada kehidupan anak dan kesan positif ini akan mempengaruhi tabiat makan mereka. Tabiat pemakanan yang baik dipupuk dari kecil akan diamalkan sepanjang hayat.
Anak-anak mempunyai pandangan negatif positif terhadap ibu bapa mereka - Masa makan juga adalah masa terbaik untuk memuji anak-anak dengan berterima kasih kepada perlakuan baik dan kerajinan mereka membantu anda. Paling mudah anda boleh berterima kasih kerana mereka rajin ke sekolah.
[Sumber: FB Zawidatul Asma Zainuddin]
Agenda Ramadan Di Bulan Lain
AGENDA HARIAN BULAN RAMADAN UNTUK DISESUAIKAN DENGAN BULAN LAIN:
1) Tilawah Quran, harus ada wirid atau target tertentu yang ingin diraih.
2) Menjawab azan dan berdoa sesudah azan. Sungguh ajaib ‘azan’.
3) Datang seawal mungkin untuk solat berjemaah, berazam meraih saf pertama. Sunguh istimesa saf pertama.
4) Duduk di Masjid beriktikaf sesudah solat Subuh hingga menunaikan solat duha (sekitar dua jam jika dikira sejak dari masuk waktu azan).
5) Membaca zikir pagi petang yang warid dalam sunnah.
6) Turut serta solat jenazah, jika ada orang meninggal.
7) Menjenguk pesakit di hospital atau di rumah, anda tidak mesti mengenalinya.
8) Bersedekah, meskipun sedikit.
9) Menghadiri majlis zikir dan majlis ilmu.
10) Mengesan, memantau, dan menunaikan hajat fakir miskin yang menunggu huluran tangan anda.
11) Menunaikan ibadat umrah jika berkemampuan, kerana umrah di bulan Ramadan menyamai ‘haji’.
12) Menunaikan solat terawih bersama imam hingga selesai.
13) Menziarahi sanak saudara, bagi maksud silaturrahim.
14) Solat tahajud, agar anda membiasakannya sesudah Ramadhan.
15) Makan sahur.
16) Solat duha
17) Solat rawatib
18) Menyediakan makan minum untuk orang yang berbuka.
19) Melaksanakan tugas-tugas di rumah, di pejabat dan sebagainya.
20) Iktikaf di rumah Allah sebanyak mungkin bagi tujuan solat, tilawah, majlis ilmu, dan sebagainya.
21) Lidah aktif dengan zikir, tasbih, tilawah, istighfar, dll.
22) Melakukan ibadat ‘mubah’ (adat) dengan niat ‘ibadat’, seperti tidur, makan, mandi, dan lain-lain.
[Kuliah Subuh Surau Assobah, Bandar Baru Bangi, Selangor oleh Ustaz Ahmad Asri Lubis]
Saturday, July 9, 2016
Mutiara Amalan
Memurnikan niat adalah amal yang paling berat daripada amal amal yang lainnya. Seorang ulama Yusuf Al Husain Ar Razi menuturkan:"Sesuatu yang paling berat di dunia adalah ikhlas, kerana sering aku berusaha sekuat tenaga menyembunyikan keangkuhan dari dalam hatiku,namun seakan-akan ia tumbuh lagi dengan warna yang lain.
Mari amalkan doa dari Umar bin Khattab:
Ya Rabb...
Jadikan seluruh amalku sebagai amalan yang soleh
Jadikan amalku semata mata untuk mengharap redha-MU
Jangan engkau jadikan sedikitpun dari amalku untuk seseorang melain hanya untuk mencari Redha-Mu.
Setiap manusia pasti bernoda dengan dosa dan sebaik-baik mereka adalah yang bertaubat kepada-Nya. Allah berfirman:
وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا
(surah An Nisa ayat 64)
Sesungguhnya jika mereka menganiaya diri mereka (dengan dosa), mereka lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasul pun memohonkan ampun untuk mereka. maka tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Marilah kita bertaubat dengan mendatangi baginda Rasulullah s.a.w. Seandainya kita tidak mampu melangkah ke maqam baginda, datangilah dengan banyak berselawat ke atas junjungan Nabi Rasulullah s.a.w.
Setelah itu beristighfarlah sambil meminta ampun di dalam setiap hembusan dan tarikan nafas yang di anugerahkan Allah dengan penuh keinsafan.
Semoga amalan yang tekun ini kita mendapat syafaat Baginda di pintu taubat kelak.
Tidak pernah seorang manusia itu berjalan sendirian kecuali ada Allah yang selalu mengawasi dan dua malaikat dengan pena yang siap mencatat segala amal. Setiap dosa dan pahala akan tetap tertulis...
Waspada dengan setiap gerak, kerana gerakan itulah yang akan menghantar manusia ke syurga ataupun neraka.
Barangsiapa yang mengingati Allah ketika berwuduk, Allah akan menyucikan seluruh tubuhnya.
Barangsiapa yang tidak mengingati Allah ketika berwuduk, Allah hanya akan membersihkan tubuhnya yang tersiram air wuduk.
Barangsiapa yang berwuduk, mereka berada dalam perlindungan Allah dari apa yang ditakutinya.
Di tengah para sahabat, Nabi Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah akan menghapuskan dosa-dosa manusia dan meninggikan darjatnya apabila mereka membaguskan wuduknya dan kemudian solat dua rakaat tanpa terbesit sedikitpun urusan dunia dalam fikirannya waktu itu.
Tafakur Syawal 1437H. Ketika fajar menyingsing pada dinihari Idul Fitri, kita tidak hanya mendengar gemuruh suara takbir yang membesarkan dan memuji Allah. Jauh dari lubuk hati yang dalam, kita mendengar gemuruh suara hati yang haru dan gembira, gemuruh tangis dan tawa.
Kita menangis karena mengenang bulan Ramadhan yang telah berlalu pergi, pada tepat waktunya, pada hujung jangkanya, pada kesempurnaan bilangannya. Ada rasa haru dalam hati ketika meninggalkan bulan Ramadan yang penuh barakah. Sebagaimana pepatah Arab mengatakan:
~ idza zuqta halawat al-washilah la ‘arafta murrat al- qathi’ah ~
"Jika engkau pernah merasakan indahnya pertemuan, nikmatnya kebersamaan, niscaya engkau akan merasakan pahitnya perpisahan."
Kita sedih kerana ditinggalkan bulan Ramadhan. Kita kian terlepas dari curahan rahmat kasih sayang Allah setiap detiknya. Rahmat pada awalnya,
maghfirah pada pertengahannya, pembebasan dari api neraka pada akhir bulannya.
Kita berharap dan berdoa semoga Allah S.W.T. memanjangkan umur kita hingga bertemu pada bulan Ramadan pada tahun-tahun mendatang dalam peningkatan ibadah yang lebih baik, sihat afiat dan penuh curahan rahmat Allah.Kita berbahagia pada hari ini kerana Allah Swt telah menghantarkan kita pada curahan hujan kasih sayang yang tidak ada batasnya, tidak ada henti-hentinya.
Baru saja kita meninggalkan rumah kita. Baru saja kita mengumandangkan takbir. Baru saja kita meratakan dahi di atas sejadah sambil membaca Subhana Rabbiyal 'Ala wa bi Hamdih.
Meskipun di namakan ‘Hari Raya’ namun itu bukan bermakna kita telah bebas dari apa yang telah menjadi batas dalam berpuasa. Idul Fitri bermakna hari kembali Fitrah kepada Allah S.W.T. menghapus dosa muslim yang mukminin. Mari kita duduk bersimpuh disaksikan oleh para malaikat, di mana Allah berseru kepada mereka:
"Wahai para malaikat-Ku…saksikanlah para hamba-Ku pada hari ini Aku telah mengampunkan semua dosa-dosa mereka yang berpuasa kerana-Ku."
Subscribe to:
Posts (Atom)