Thursday, March 31, 2016
Kekal Kuat Dengan Allah
Tekanan dalam kehidupan?
Ada orang yang tertekan dengan merasa susahnya hidup...
Ada orang yang merasa terbeban dengan kurangnya harta...
Ada orang yang sedih dengan ujian tiadanya anak...
Ada orang yang berduka dengan tiada kerja..
Apa jua alasan tekanan, Allah berjanji bagi tiap-tiap kesusahan itu ada kemudahannya. Dan percayalah, Dia tidak pernah memungkiri janji-Nya..
Apabila tertekan, tarik nafas, kosongkan fikiran, baca surah al-insyirah dan fahami maksudnya!
In sya Allah, semoga bertemu jalan penyelesaiannya..
Info Yang Wajar Dikongsi
1. MARAH selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh menjadi lemah selama 6 jam.
2. DENDAM dan MENYIMPAN KEPAHITAN akan menyebabkan imun tubuh mati. Dari situlah bermula segala penyakit seperti Stres, Tinggi Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke ( perdarahan/penyumbatan pembuluh darah )
3. Jika diri dibiarkan STRES, kita akan alami Gangguan Pencernaan.
4. Jika sering merasa KHUATIR, kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu (Frozen Shoulder).
5. Jika Mudah TERSINGGUNG, kita cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).
6. Jika sering mengalami KEBINGUNGAN, kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah (Lower Back Pain).
7. Jika sering membiarkan diri RASA TAKUT BERLEBIHAN, kita akan mudah terkena penyakit Ginjal.
8. Jika selalu BERFIKIRAN NEGATIF, kita mudah terkena Dyspepsia (penyakit sukar mencerna ).
9. Jika mudah BEREMOSI dan CENDERUNG MARAH, kita terdedah pada penyakit Hepatitis.
10. Jika sering merasa SOMBONG ( menolak kebenaran dan meremehkan orang lain ) terhadap lingkungan, kita berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.
12. Jika sering ANGGAP MUDAH semua persoalan, hal ini boleh mengakibatkan penyakit Diabetes.
13. Jika sering merasa KESEPIAN, kita boleh terkena penyakit Dementia Senelis (berkurangnya memori dan kawalan fungsi tubuh).
14. Jika sering BERSEDIH dan RASA RENDAH DIRI, kita boleh terkena penyakit Leukemia (kanser darah putih)
[Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” oleh Dr. Masaru Emoto]
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Hidup ini adalah medan ujian di mana Allah menilai siapakah yang paling baik amalannya. Yang redha dengan ketentuan-Nya dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri akan mendapat kebahagiaan, ketenangan dan qanaah (serba cukup) yang nilainya lebih besar dari seisi alam.
Berusaha mendapatkan keredhaan Allah itu bermaksud, melakukan perkara yang Dia suka, bukan membuat perkara yang kita suka dan mengharapkan redha-Nya, meskipun perkara yang dilakukan itu adalah maksiat.
Allah SWT berfirman, “Barangsiapa yang tidak redha dengan ketentuan-Ku, tidak sabar terhadap ujian-Ku, tidak mensyukuri nikmat-Ku, dan tidak puas dengan pemberian-Ku, maka hendaknya dia menyembah tuhan selain-Ku."
Diri ini sangat mengagumi seorang rakan maya yang sedang diuji dengan penyakit, sering keluar masuk hospital. Pun begitu, setiap kali muncul di dinding Muka Buku, walaupun rona wajahnya kelihatan sedikit kurus, dia tetap ceria memberi salam dan memohon maaf kepada semua rakan dalam friendlist. Tidak pernah sekali pun dia mengeluh mengenai penyakitnya. Mungkin dia tahu Allah amat menyayanginya, dan sedang membersihkannya dari dosa-dosa lampau.
Beberapa hari lalu dia menerima berita gembira. Kini dia sudah bergelar seorang datuk dengan kelahiran cucu sulungnya. Alhamdulillah. Ini satu anugerah yang besar. Semoga cucu ini bakal mewarisi kekentalan semangat datuknya.
Allah berfirman: "Dan (Ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (At-Talaaq: ayat 3).
Perbuatan suka mengeluh umpama menuang air ke gelas yang bocor. Tidak akan terisi, apa lagi penuh.
Orang yang zahirnya tiada apa-apa, tetapi ada Allah di dalam hati, maka dia ada segala-galanya.
Sedikit Yang Afdal
Ada beberapa amalan yang sedikit lebih afdal dilakukan berbanding yang banyak kerana wujud dalilnya yang khusus.
1. SOLAT QASAR lebih afdal daripada solat yang sempurna apabila jarak musafir melebihi tiga marhalah iaitu lebih kurang 120 km ke atas.
2. SOLAT DHUHA lebih afdal ditunaikan sebanyak 8 rakaat kerana mengikut Sunnah Nabi s.a.w., walaupun paling banyak yang boleh dilakukan adalah 12 rakaat.
3. Meringkaskan SOLAT SUNAT FAJAR lebih afdal daripada memanjangkannya.
4. MEMBACA SURAT YANG PENDEK SECARA SEMPURNA lebih afdal daripada membaca ayat yang panjang tetapi tidak sempurna surahnya. Contoh, membaca Surah al Zalzalah sehingga habis lebih afdal daripada membaca beberapa ayat daripada Surah al Baqarah.
Urus Niaga Ahli Zuhud
Setiap kita adalah peniaga yang menerima modal (umur) terhad dari Allah SWT, namun modal ini memberi kita peluang untuk meraih keuntungan sebanyak mungkin.
Ibn Hurairah berkata, “Sesiapa yang memiliki sedikit masa luang di tengah-tengah kesibukan dunia, hendaklah dia manfaatkannya untuk kegunaan akhirat. Usah tunggu bernar-benar lepas daripada kesibukan dunia untuk mengejar akhirat.”
Bersolat sunat, berzikir, berselawat, membaca dan mentadabbur al Quran, bersedekah jariah, membantu insan lain yang sedang kesusahan, di samping mengerjakan ibadah wajib yang lain.
Yang paling bijak berurus niaga dengan Allah SWT ialah ahli zuhud. Mereka mempunyai tetapan minda yang jelas dalam mengurus modal berupa kesihatan dan kesempatan berbekalkan iman dan jihad untuk meraih keuntungan dunia dan akhirat. Ahli zuhud mampu melihat prospek yang tidak terlihat oleh manusia lain. Tanpa diketahui oleh sesiapa, mereka bekerja keras menjadikan dunia sebagai ladang untuk akhirat.
Dalam masa yang sama, mereka mengelakkan diri dari berurus niaga dengan syaitan bagi memastikan modal tidak hilang dan terlepas keuntungan. Di akhirat nanti, ketika manusia lain dalam kerugian, ahli zuhud menerima anugerah tertinggi.
Bilal bin Saad menyatakan dalam Hilya al-Auliya: “Sungguh ramai orang yang bergembira namun tertipu. Dia sedap makan, minum dan tertawa, padahal Allah telah menetapkan dirinya akan menghuni neraka.”
Buat Dengan Ikhlas
Apabila Allah SW.T. menghendaki kebaikan dari seseorang hamba-Nya:
Nescaya Allah S.W.T. fahamkan kepadanya agama
Nescaya Allah S.W.T. zuhudkan hamba tersebut terhadap dunia
Nescaya Allah Swt memperlihatkan hamba tersebut kekurangan diri nya
Yang bermaksud:
Memahami agama dari pokok hingga ke akarnya
Zuhud terhadap dunia bererti mengosongnya hati dari menginginkan sesuatu yang tidak ada di tangan.
Matahari tidak pernah berkata kepada bumi, “Engkau berhutang kepadaku.“
Dalam soal keimanan dan keikhlasan begitulah diharapkan, kerana cahaya kebaikan dan keikhlasan tanpa di paksakan pasti menerangi seluruh angkasa dan seluas bumi yang terbentang.
Tunaikan apa yang telah diwajibkan oleh Allah S.W.T., nescaya akan menjadi orang yang abid (rajin beribadah). Jauhi apa yang Allah S.W.T. haramkan, nescaya akan menjadi orang yang zahid (ahli zuhud). Redhakan dengan apa yang Allah S.W.T. rezeki, nescaya akan menjadi orang yang paling kaya.
Amal kebajikan yang baik dan tulus adalah penyebab masuk syurga. Jangan pernah berhenti melakukan kebaikan meskipun kebaikan itu hanya sebesar debu. Di akhirat nanti kebaikan sekecil inilah penolong sejati.
Rasa cinta kepada Allah S.W.T. dan rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w. merupakan peringkat cinta paling bening, jernih bahkan paling luhur dan sempurna. Saat seseorang mencintai Allah S.W.T. dan rasul-Nya, dia akan merasa manisnya iman. Hidup terasa lengkap dan bahagia, meskipun harta tidak seberapa.
Gantilah sesuatu yang fana dengan yang abadi kerana kita selalu dikejar oleh ajal, sedangkan membangunkan kesedaran diri untuk berbuat kebajikan tidaklah mudah. Tugas setiap mukmin di dunia ialah melakukan amalan soleh yang bermanfaat bagi dirinya dan juga orang lain. Semakin banyak kebaikan yang dilakukan, maka semakin tekun dan tersenyum malaikat mencatatkan kebaikan tersebut. Mukmin sejati sentiasa mengaitkan jalan dunia sebagai jambatan meraih kebahagiaan di akhirat. Itulah jalan iman dan taqwa yang berkekalan.
Allah S.W.T. telah berjanji kepada orang beriman dan bertaqwa kepada-Nya yang selalu menyandarkan kehidupan di bawah naungan Al Quran bahawa mereka akan mendapat banyak keredhaan-Nya. Keredhaan Allah adalah sesuatu yang paling agung dari semua nikmat yang ada di dunia dan di akhirat kelak. Allah telah berfirman:
وَعَدَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ أَكْبَرُ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Bermaksud: "Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan (mendapat) tempat yang baik di surga 'Adn. Dan keredhaan Allah lebih besar (dari semua itu). Itulah kemenangan yang agung. (Surah At Taubah ayat 72).
Sifat Islam adalah Al Salam bererti damai dan sejahtera, yang merupakan tujuan sebenar Islam. Berdamailah dengan hati kerana tidak semua orang akan menyukai kita. Tetapi berbanggalah kepada Allah S.W.T. terhadap orang-orang yang tidak menyukai kita kerana Allah S.W.T. mungkin sahaja menyukai mereka lebih dari diri kita sendiri.Kerana kebanggaan ini Allah semakin sayang kepada kita.
[Cetusan hati Ustazah Dr Siti Nurbaya Usman]
Tuesday, March 29, 2016
Hikmah Si Buta
Keluar seorang buta pada waktu malam menuju ke sungai untuk minum air. Di tangannya ada lampu sebagai penyuluh jalan.
Seorang yang celik mata bertanya kepadanya, "Untuk apa membawa lampu sedangkan kamu tidak mendapat manfaat darinya?
Jawab si buta, "Agar orang yang celik nampak dan tidak melanggar saya!"
Demikianlah kita perlu kepada ikhtiar dan alat untuk keselamatan...
[Cetusan dari Dr Abu Anas Madani]
Kontroversi Masjid Kristal
PEMBINAAN Masjid Kristal yang terletak di kawasan pelancongan, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, suatu ketika dahulu pernah mencetuskan kontroversi apabila ia dibina lebih memfokuskan kepada aspek pelancongan daripada fungsi sebenarnya.
Pelbagai isu ditimbulkan termasuklah dakwaan arkitek bukan orang Islam, arah kiblat salah, selain tersebarnya rakaman video wajah aneh seolah-olah menyerupai syaitan pada masjid berkenaan apabila lampu warna-warni dipasang pada waktu malam. Masjid yang dikatakan menelan belanja kira-kira RM360 juta itu digunakan secara rasmi pada Februari 2008 dan turut dilabelkan sebagai masjid pintar pertama di negara ini, namun ramai yang menyifatkan pembinaannya sebagai membazir.
Tidak terhenti di situ sahaja, ada yang mendakwa pembinaan masjid yang dibuat daripada kaca dan keluli itu langsung tiada faedah kerana hanya untuk ‘tengok-tengok’, ditambah pula ia tidak dapat digunakan untuk solat Jumaat kerana kariah tidak mencukupi di kawasan tersebut.
Di sebalik pelbagai tohmahan negatif mengenai fungsi sebenar masjid yang mampu menampung kira-kira 700 jemaah pada satu-satu masa itu, Masjid Kristal kini terus menjadi tumpuan orang ramai yang berkunjung ke negeri itu. Membazir atau sebaliknya, ia bukan lagi perkara yang perlu dipersoalkan semua pihak, namun apa yang sewajarnya, pendekatan secara berhemah perlu dilakukan untuk menarik masyarakat terutamanya golongan muda mengimarahkan masjid. Ini kerana, kita tidak mahu sesebuah masjid itu bukan sahaja gah dari segi kehebatan rekaannya, peralatan yang digunakan, keluasannya, tetapi fokus utama adalah untuk melihat masyarakat menjadikan masjid sebagai tempat penyatuan dengan cara melakukan solat berjemaah bersama-sama.
[Sumber: Sinar Harian]
Pelbagai isu ditimbulkan termasuklah dakwaan arkitek bukan orang Islam, arah kiblat salah, selain tersebarnya rakaman video wajah aneh seolah-olah menyerupai syaitan pada masjid berkenaan apabila lampu warna-warni dipasang pada waktu malam. Masjid yang dikatakan menelan belanja kira-kira RM360 juta itu digunakan secara rasmi pada Februari 2008 dan turut dilabelkan sebagai masjid pintar pertama di negara ini, namun ramai yang menyifatkan pembinaannya sebagai membazir.
Tidak terhenti di situ sahaja, ada yang mendakwa pembinaan masjid yang dibuat daripada kaca dan keluli itu langsung tiada faedah kerana hanya untuk ‘tengok-tengok’, ditambah pula ia tidak dapat digunakan untuk solat Jumaat kerana kariah tidak mencukupi di kawasan tersebut.
Di sebalik pelbagai tohmahan negatif mengenai fungsi sebenar masjid yang mampu menampung kira-kira 700 jemaah pada satu-satu masa itu, Masjid Kristal kini terus menjadi tumpuan orang ramai yang berkunjung ke negeri itu. Membazir atau sebaliknya, ia bukan lagi perkara yang perlu dipersoalkan semua pihak, namun apa yang sewajarnya, pendekatan secara berhemah perlu dilakukan untuk menarik masyarakat terutamanya golongan muda mengimarahkan masjid. Ini kerana, kita tidak mahu sesebuah masjid itu bukan sahaja gah dari segi kehebatan rekaannya, peralatan yang digunakan, keluasannya, tetapi fokus utama adalah untuk melihat masyarakat menjadikan masjid sebagai tempat penyatuan dengan cara melakukan solat berjemaah bersama-sama.
[Sumber: Sinar Harian]
Friday, March 25, 2016
What You Give Is What You Get
The 92-year-old, petite, well-poised and proud lady, who is fully dressed each morning by eight o’clock, with her hair fashionably coifed and makeup perfectly applied, even though she is legally blind, moved to a nursing home. Her husband of 70 years recently passed away, making the move necessary.
After many hours of waiting patiently in the lobby of the nursing home, she smiled sweetly when told her room was ready. As she maneuvered her walker to the elevator, she was provided a visual description of her tiny room, including the eyelet sheets that had been hung on her window.
“I love it,” she stated with the enthusiasm of an eight-year-old having just been presented with a new puppy.
“Mrs. Jones, you haven’t seen the room …. just wait.”
“That doesn’t have anything to do with it,” she replied. “Happiness is something you decide on ahead of time. Whether I like my room or not doesn’t depend on how the furniture is arranged, it’s how I arrange my mind. I already decided to love it. It’s a decision I make every morning when I wake up. I have a choice; I can spend the day in bed recounting the difficulty I have with the parts of my body that no longer work, or get out of bed and be thankful for the ones that do. Each day is a gift, and as long as my eyes open I’ll focus on the new day and all the happy memories I’ve stored away, just for this time in my life.”
She went on to explain, “Old age is like a bank account, you withdraw from what you’ve put in. So, my advice to you would be to deposit a lot of happiness in the bank account of memories. Thank you for your part in filling my Memory bank. I am still depositing.” And with a smile, she said: “Remember the five simple rules to be happy:
1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.
Bacaan Ketika Ke Pasar
Apabila seorang Muslim hendak memasuki pasar basah, pasaraya atau sejenisnya, hadirkan niat yang baik, membeli mengikut keperluan yang ada dalam catatan. memendekkan tempoh di tempat itu, membaca doa, “laa ilaaha illallah wahdah, laa syarika lah, lahul mulku walahul hamdu yuhyii wa yumiit, wahuma hayyun laa yamuut, biyadihil khair, wahuwa ‘alaa kulli syaiin qadir.” (“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah saja, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan, bagi-Nya segala puji, Zat yang menghidupkan dan mematikan, sedangkan Dia Maha hidup dan tidak akan mati, di tangan-Nya segala kebaikan, dan Dia maha kuasa atas segala sesuatu,”) (HR. Turmudzi).
Barangsiapa yang membaca doa ini ketika masuk ke pasar, pasaraya atau sejenisnya, maka Allah SWT mencatatkan untuknya satu juta kebaikan, dihapuskan dirinya satu juta keburukan dan diangkat satu juta darjat, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Turmudzi.
[Sumber: Bersama Allah SWT Sepanjang Hari/Karya: H. Ahmad Heryawan, Lc/Penerbit: Literate Publishing]
Bertugas Mengawal Iman
Sebuah syarikat penerbangan Eropah baru dilancarkan. Seorang lelaki budiman Muslim terpelajar menjadi penumpang di Kelas Pertama.
Seorang pramugari menghulurkan segelas arak tetapi lelaki itu menolak dengan penuh hormat. Pramugari kembali kali kedua dengan minuman yang diletakkan di atas dulang indah demi menarik perhatian penumpang itu namun dia tetap menolak dengan beradab, sambil menyatakan dia tidak minum alkohol.
Pramugari memaklumkan ini kepada ketuanya yang kemudian datang membawa arak di atas sebuah dulang jauh lebih cantik dari yang mula-mula sambil bertanya,"Ada apa-apa yang tidak kena dengan perkhidmatan kami? Silalah minum, ini hadiah dari kami.”
Bila jawapannya tidak diterima, lelaki Muslim itu menyarankan ketua tersebut memberikan minuman itu kepada juruterbang. Ketua menjawab, " Mana boleh juruterbang minum alkohol, dia sedang bertugas. Nanti pesawat boleh terhempas!"
Dengan air mata yang tergenang lelaki itu berkata, "Saya seorang Muslim dan saya sentiasa bertugas mengawal IMAN dan Kepercayaan saya. Kalau saya minum arak, seluruh hidup saya terhempas di dunia dan juga di akhirat!!!"
Wednesday, March 16, 2016
Buta
Buta mata.. Tak nampak jalan di dunia..
Buta hati.. Tak nampak jalan ke akhirat..
Buta mata.. Yang buta hanya mata..
Buta hati.. Buta segalanya..
Buta mata.. Hanya gelap pada mata..
Buta hati.. Melihat dalam keadaan buta..
Buta mata.. Hilang hanya satu nikmat..
Buta hati.. Hilang segala nikmat..
[Bahagian Dakwah Jakim]
Tuesday, March 15, 2016
Kisah Cinta Ali Dan Fatimah
Dipendamkan di dalam hatinya, tidak diceritakan kepada sesiapa. Tertarik dirinya kepada seorang gadis berperibadi tinggi, paras cantik, cekal, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, iaitu Rasulullah s.a.w. Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
”Allah mengujiku rupanya”, begitu suara batin Ali. Dia merasa diuji kerana siapalah dirinya bila dibanding dengan Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan Rasul-Nya tidak tertanding. Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah bagaimana Abu Bakr berdakwah. Ramai tokoh bangsawan dan saudagar Makkah masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakar: Uthman, Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti Ali. Ramai hamba abdi muslim yang dibebaskan dan para fakir yang dibela Abu Bakar: Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa pula hamba yang dibebaskan Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar seorang saudagar, in sya Allah lebih mampu membahagiakan Fatimah. Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin. ”Inilah persaudaraan dan cinta”, bisik hati ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”
Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tetapi, ujian itu bukan setakat di situ. Kali ini Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh Islam pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan akibat tentangan kafir Quraisy mula berani mendongak muka. Seorang lelaki yang membuatkan syaitan lari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lebih layak dari dia. Namun, sekali lagi peluang terbuka, apabila pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangan mereka?
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a., Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Dia bangun mendapatkan Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. terperanjat lantas menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?” Setelah duduk beristirehat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan hal kedatangannya. “Hai Ali, engkau orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puterinya namun semuanya ditolak. Baginda menyerahkan hal puterinya kepada Allah S.W.T. Wahai Ali, mengapa hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri baginda itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar kata-kata Abu Bakar r.a., air mata Saidina Ali r.a. berlinang dan menjawab, “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang sebelumnya tenang. Anda telah mengingatkan aku sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata, “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya, Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w. Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yang ketika itu sedang berada di kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan Rasul-Nya dan sia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Dia bertanya lagi, “Ya, tetapi siapakah dia?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu. “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terhantuk-hantuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempatku semula. Dia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Dia dipersilakan duduk di depan baginda. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasul Allah mendahului berkata, “Hai Ali, nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu maka lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk membuka mulut, “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumahtangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda, Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya, “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum baginda berkata kepada Ali bin Abi Thalib, “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”
“Demi Allah,” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yang anda tidak tahu. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu, engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali, engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wajalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.
Setelah segala-galanya siap, dengan perasaan puas dan hati gembira, disaksikan oleh para sahabat, Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya, “Bahawasanya Allah S.W.T. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau dengan Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dengan baik”, jawab Ali bin Abi Thalib r.a.
Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.Cinta tidak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.Atau mengambil kesempatan.Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tidak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, Fatimah berkata kepada Ali, “Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu, aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta kepada seorang pemuda”.
Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan sSiapakah pemuda itu?”
Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah dirimu”.
[Sumber: FB Hairul Nizam Ijam]
Friday, March 4, 2016
Daun Nangka Empukkan Daging
Untuk mendapatkan daging yang mudah empuk dan menjimatkan masa, letakkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan. Selamat mencuba
[Zawidatul Asma Zainuddin]
Terus Berdakwah
Banyak sekali gangguan yang dilancarkan syaitan agar manusia tidak memenuhi misi suci Islam yang sebenar sesama manusia. Inilah yang harus disedari oleh umat Islam agar tidak berputus asa dengan ujian dari Allah S.W.T. Andainya seseorang berhenti dari melakukan kebaikan, maka amat mudah syaitan mengalahkan orang-orang yang baik. Andainya Nabi Muhammad s.a.w. berputus asa dalam menjalankan tugas dakwah Islam di muka bumi, maka padamlah cahaya Islam dan yang tinggal hanya namanya sahaja.
Namun Nabi Muhammad s.a.w. memilih untuk tidak mundur setapak sekalipun dalam memperjuangkan Islam. Beliau tetap berjuang hingga ke titisan darah penghabisan dengan keberanian demi dakwah.Demikianlah yang diharapkan. Mula dengan berdakwah kepada diri sendiri dahulu itu yang lebih utama.
[Ustazah Siti Nurbaya Usman]
Rauf - Menyayangi Orang Lain
"Rauf" adalah sifat sayang kepada orang lain sehingga ada rasa simpati kepada mereka yang memerlukan. Rauf adalah salah satu dari sifat Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah tergamak melihat penderitaan dan kesusahan orang lain.
Sifat Rauf ini dimilikinya ketika ayah Rasulullah s.a.w. meninggal dunia saat baginda berada dalam kandungan ibu. Beberapa tahun kemudian ibunya pula meninggal. Peristiwa tersebut membekas betul dalam sifat Nabi s.a.w. yang suka menolong orang yang memerlukan.
Dalam satu hadis dijelaskan bahawa seorang mukmin tidak dianggap sempurna imannya sehingga dia mencintai saudaranya saperti mencintai dirinya sendiri. Untuk memiliki hati yang Rauf ini memerlukan kekuatan batin, membanyakkan berpuasa sunnah dan rajin berinfak atau bersedekah. Proses ini akan melatih jiwa ehsan terhadap orang-orang sehingga tergerak untuk menolong sesuai dengan kemampuan sendiri.
[Sumber Ustazah Siti Nurbaya Usman]
Proses Pembersihan Hati
"Takhalli" adalah tahap mengosongkan hati dari semua penyakit yang mengotori jiwa. Takhalli adalah proses awal sebelum mengisikan diri dengan lembaran baru yang bersih lagi suci. Memerlukan kesabaran dan di latih secara bertahap.
Pada tahap pertama kita belajar untuk tidak mengata dan mencela orang. Setelah merasa jiwa lebih tenang dan segar, ulangi lagi untuk esok harinya. Kemudian berlatih untuk hari-hari seterusnya.
Proses takhalli ini adalah proses untuk membuka tirai kegelapan hati. Pentingnya pembersihan hati ini di tegaskan oleh Allah S.W.T. dalam firman=Nya: "Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya. (Surah Asy Syam ayat 9-10)
Hiasilah diri dengan sifat sifat yang terpuji.
[Sumber Ustazah Siti Nurbaya Usman]
Dua Tahun Yang Mencabar Buat Petronas
KUALA LUMPUR 29 Feb. - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM36.68 bilion bagi keseluruhan 2015, susut 53 peratus berbanding RM77.69 bilion yang direkodkan pada 2014, kesan harga minyak dunia yang rendah sepanjang tahun lalu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, kemerosotan keuntungan itu sudah dijangkakan malah meramalkan Petronas akan terus mengalami situasi sukar dalam tempoh dua tahun akan datang.
Beliau turut mengesahkan Petronas akan mengurangkan perbelanjaan modal dan operasi sebanyak RM15 bilion hingga RM20 bilion tahun ini, iaitu sebahagian daripada langkah penjimatan sebanyak RM50 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang.
Katanya, Petronas bagaimanapun komited untuk membayar dividen sebanyak RM16 bilion kepada kerajaan tahun ini seperti yang telah dijanjikan.
Bagi tahun kewangan 2015, pendapatan Petronas merosot hampir 25 peratus kepada RM247.66 bilion, berbanding RM329.15 bilion pada 2014.
Tambah Wan Zulkiflee, kerajaan selama ini mengamalkan sikap bertolak ansur untuk menentukan penerimaan dividen daripada Petronas terutama sekali pada waktu ini dengan kejatuhan harga minyak dunia.
Jelasnya, pembangunan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) masih diteruskan dan berjalan lancar mengikut jadual, manakala pembinaan fasiliti gas asli dan cecair (LNG) Terapung 2 (PFLNG 2) dilewatkan berbanding tarikh asal.
Mengenai pengurangan dan penstrukturan tenaga kerja syarikat, Wan Zulkiflee berkata, satu perjumpaan akan diadakan bersama kakitangan Petronas untuk memperincikan hal tersebut dan syarikat akan membuat pengumuman terhadap sebarang keputusan yang bakal diputuskan.
“Petronas juga telah melakukan kajian operasi bagi meningkatkan kecekapan syarikat dan struktur baharu dijangka bermula pada 1 April ini,” katanya.
Dalam pada itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Petronas, Datuk George Ratilal berkata, kewangan termasuk rizab tunai Petronas masih di dalam kedudukan yang baik.
“Pembayaran dividen kepada kerajaan boleh dilakukan dengan menggunakan rizab tunai, namun akan diseimbangkan dengan pendapatan tahunan yang berjaya dijana syarikat,” katanya.
Jelasnya, tunai dan pelaburan dana yang dimiliki Petronas ketika ini berjumlah RM136.7 bilion, sementara jumlah pinjaman syarikat sebanyak RM58 bilion dan jumlah itu adalah terkawal, bersesuaian dengan saiz Petronas pada masa ini.
[Sumber: UtusanOnline]
[Sumber: TheStarOnline]
Subscribe to:
Posts (Atom)