Thursday, August 25, 2016

Jangan Burukkan Orang


Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila ada seseorang yang berkata; 'Celakalah manusia', maka sebenarnya ia sendiri yang lebih celaka dari mereka." (HR Muslim No: 4755)

Pengajaran:

1. Seorang Muslim tidak boleh berfikiran buruk dan menghukum kecelakaan ke atas orang lain kerana hukum berkenaan mungkin akan berpaling kepada dirinya sendiri.
2. Jangan sekali-kali memburukkan orang lain kerana kita mungkin lebih buruk dari mereka.
3. Nasib diri kita adalah mengikut apa yang akal kita fikirkan. Jika akal berfikiran negatif, maka natijahnya adalah negatif.
4. Seorang Muslim perlu memelihara baik sangka terhadap Allah.
5. Kecelakaan yang berlaku ke atas diri kita bukan semestinya disebabkan oleh perbuatan atau kejahatan orang lain. Bahkan ia mungkin berlaku kerana sikap diri sendiri.
6. Mengakui akan kelemahan dan kejahilan diri sebenarnya lebih penting dari menghukum kejahatan orang lain atau menyalahkan mereka.
7. Kita harus mengakui akan kelemahan diri dahulu dan jangan menuding jari kepada orang lain.

Marilah kita berusaha menjauhkan diri dari sifat mudah menghukum orang lain dan memburuk-burukkan mereka.

Friday, August 19, 2016

Dunia Selepas Kematianmu


jika kamu ingin melihat dunia selepas kematianmu,
kamu boleh melihatnya selepas kematian orang lain disekelilingmu...

Ketika itu kamu akan dapati bagaimana orang-orang yang saling menyintai boleh melupakan kekasih mereka yang telah mati.
Dan ketika itu yakinlah kamu bahawa kekasihmu yang tercinta akan melupakan kamu atau dia disibukkan dengan dunia dari mengingatimu.

Oleh kerana itu jadikanlah hidupmu itu seluruhnya "untuk Allah"
kerana dialah satu-satunya yang tidak akan melupakanmu
dan perbaikilah hubunganmu dengan Allah
kerana dia satu-satunya tidak akan musnah.

Perkataan ini menyakitkan tetapi itulah hakikatnya.

[Al-Marhum al-Syeikh Mutawalli alSya'rawi Rahimahullah]